Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anwar Sebagai PM? Mungkin Ya Kerana Mentaliti Rakyat Sudah Terbuka, Bersedia

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 8:43PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – “Rakyat Malaysia sudah bersedia dari segi mentaliti dan menerima dengan hati terbuka sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Itu pandangan penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, memandangkan Anwar adalah figura berpengalaman dan sudah terlalu lama dicanangkan untuk memegang jawatan tersebut, iaitu sejak Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Ke-4.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi merealisasikan perkara itu, ia bergantung kepada kekuatan dan kesiapsiagaan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Rakyat bersedia dari segi mentaliti sebab sudah terlalu lama Anwar disebut-sebut akan menjadi bakal Perdana Menteri, namun untuk beliau mencapai perkara (berkenaan) bergantung kepada kemampuan PH, itu hakikat perlu diterimanya.

“Anwar juga adalah pemimpin utama (Pengerusi PH dan Presiden PKR), tinggal satu langkah sahaja untuk menjadi Perdana Menteri, iaitu sekiranya gabungannya boleh memenangi PRU,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasil kajian Pusat Penyelidikan Endeavour-MGC yang mendapati Anwar dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin adalah antara dua personaliti yang mendahului tinjauan berhubung siapakah pemimpin paling disukai sebagai Perdana Menteri.

Namun, kajian membabitkan 3,279 pengundi berdaftar di semua Parlimen di Semenanjung itu secara keseluruhan mengundi pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk menjadi Perdana Menteri, berbanding tokoh daripada gabungan lain.

Menyentuh potensi Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau untuk dilantik sebagai pemimpin nombor satu kerajaan, Mohd Azizuddin berkata, Khairy sukar memegang jawatan itu kerana tidak mempunyai kedudukan dalam UMNO atau Barisan Nasional (BN).

“Kalau dia keluar parti, ia akan menimbulkan masalah memandangkan ketika ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun ada isu yang tercetus. Perdana Menteri semoleknya perlu dilantik dalam kalangan presiden parti.

“Khairy Jamaluddin ini agak sukar cuma kemungkinan untuk jadi Perdana Menteri itu ada, orang muda dilihat suka dengan karismanya, tapi memang susah melainkan ada perkara luar biasa mahu beliau pegang jawatan berkenaan, tapi memang tidak nampak, perkara itu tidak akan berlaku,” katanya.

Ditanya ‘minat’ ditunjukkan rakyat yang lebih mahukan pemimpin BN menjadi Perdana Menteri, Mohd Azizuddin berkata, ia bergantung kepada pemimpin dicalonkan gabungan tersebut.

Beliau bagaimanapun memberi bayangan walaupun Ismail Sabri dicalonkan sebagai ‘poster boy’ bagi menjadi calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk BN, ia sukar direalisasikan.

“Itu pendirian UMNO sebelum ini, namun melihat keadaan sekarang, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih mahu bertanding walau dia belum lagi buat keputusan. Ini satu persoalan besar.

“Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga nak bertanding di Rembau sehingga Khairy perlu pergi memberi laluan dan ke kawasan lain. Mohamad ini lebih senior dari Ismail Sabri, kemungkinan dia pun nak pergi (menjadi) Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, ilmuan terkenal negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, memberi reaksi sebaliknya yang melihat Khairy selayaknya memegang jawatan Perdana Menteri kerana sudah ‘memperagakan’ kemampuan, khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19 dan program pemberian vaksin kepada rakyat.

Beliau berpandangan, Anwar hanya memiliki aura sebagai Perdana Menteri ketika menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh dan semakin pudar selepas dipilih menjadi Ahli Parlimen Port Dickson.

“Khairy tak boleh dinafikan berjaya dengan usaha mengembeleng sebaiknya dalam merangka strategi melawan COVID-19, sehingga negara beralih ke fasa endemik. Kita boleh lihat kesungguhan dan kejayaan Khairy sebagai seorang pemimpin.

“Anwar ketika berada di penjara memang ada peluang hujahnya sampai ke pengetahuan umum yang turut mewujudkan persepsi (positif) kepadanya, (masa) itu kita lihat ada sifat kepimpinannya. Namun setelah dibebaskan dan menjadi Ahli Parlimen, hujahnya walaupun dalam seminar tiada ciri kepimpinan dan mengambil kesempatan bercakap politik walaupun dalam program akademik.

“Barangkali persediaan tidak ada atau kemungkinan beliau tidak berkemampuan dari segi seorang pemimpin yang berilmu. Beliau ini ‘pass the time’ (sudah melewati waktu), kalau ketika tahun 1990 semasa bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, memang nampak kuat kepimpinannya (untuk menjadi Perdana Menteri),” katanya.

Mengulas lanjut, Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, tidak terkilan sekiranya rakyat memilih pemimpin BN sebagai Perdana Menteri disebabkan gabungan berkenaan mempunyai rekod baik selama 60 tahun, walaupun ia dirosakkan sebahagian pemimpin.

“Ketika PH mengambil alih, bukan sahaja orang Melayu, kaum Cina juga menerima kejutan budaya sehingga memberi persepsi negatif kepada gabungan itu, disebabkan sudah 60 tahun kita konservatif yang bermaksud bukan ke belakang, tetapi menggunakan konsep berhati-hati.

“PH sudah melakukan reformasi, perubahan drastik daripada konservatif kepada liberal selama 22 bulan, sehingga banyak kaum tak boleh terima apa dilakukan dan disebabkan inilah, lesen untuk rakyat mahu memilih semula BN,” katanya. - Getaran, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 45 minit yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

2

Semasa 21 jam yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

3

Semasa 5 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

4

Politik 5 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 18 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James