web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibarat ‘Mat Jenin’, Nik Amar Dicabar Namakan Calon PM Dari PAS

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 8:00PM

Muhammad Faiz Fadzil - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah kononnya parti itu mampu menjadi perdana menteri kerana ia tugas mudah, ibarat angan-angan Mat Jenin.

Ahli Jawatankuasa AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, jika tugas perdana menteri semudah dianggap PAS, kenapa kestabilan politik dalam negara tidak dapat dikekalkan walaupun parti itu berada dalam kerajaan hari ini.

Menurut beliau, sebagai kabinet bersama, sudah pasti PAS mampu untuk menasihati Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang cara bagaimana menjadi perdana menteri yang berjaya.

“Kenyataan Nik Amar kononnya seorang perdana menteri itu mempunyai wang cuma perlu tahu cara berbelanja juga amat dangkal dari realiti semasa.

“Ini adalah kerana kerajaan hari ini tidak mampu mengekalkan subsidi barang asas dan bercadang memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menunjukkan kerajaan tidak ada wang yang cukup.

“Bukankah ini satu kelemahan perdana menteri sebagai peneraju kerajaan?” soalnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau turut menyindir Nik Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan bahawa wang kerajaan tidak turun dari langit tetapi perlu dijana daripada hasil cukai apabila ekonomi dan pelaburan kembali meningkat.

Malah katanya, dengan kemerosotan indeks rasuah, ia akan terus memberi kesan kepada keyakinan pelabur yang sudah pasti menjejaskan hasil pendapatan kerajaan.

“Kegagalan kerajaan untuk berjimat terutamanya menyara saiz Kabinet gergasi hari ini turut menjejaskan hasil (pendapatan) kerajaan.

“Laporan Ketua Audit Negara tentang ketirisan perbelanjaan kerajaan juga menjejaskan hasil negara seperti ketirisan dalam Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.

“Program yang bernilai RM201.94 juta ini, didapati mengalami pembayaran tidak teratur sebanyak RM0.75 juta dan kerugian wang awam RM0.62 juta,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan PAS Kelantan juga terpaksa bergantung kepada kerajaan pusat untuk mendapatkan wang kerana hasil kerajaan negeri itu begitu rendah.

“Jadi, bagaimana PAS mampu untuk menjadi perdana menteri? Jika diukur pula kemampuan kerajaan PAS di peringkat negeri hari ini lebih menyedihkan.

“Ketika Pakatan Harapan (PH) meneraju kerajaan pusat, Kelantan dibayar wang royalti minyak sebanyak RM400 juta.

“Jika menjadi kerajaan mudah mendapat wang, kenapa sehingga sekarang masalah bekalan air di Kelantan tidak selesai?

“Masalah yang berlarutan ini adalah kerana kerajaan negeri tidak ada wang untuk menaiktaraf infrastruktur awam itu,” katanya.

Justeru Muhammad Faiz berkata, Nik Amar perlu sedar bahawa tugas perdana menteri tidak semudah angan-angan Mat Jenin.

“Kegagalan PAS di Kelantan satu ukuran buat rakyat menilai ketidakmampuan mereka untuk menerajui kerajaan pusat.

“Meletakkan kepercayaan kepada PAS mengundang sebuah lagi kerajaan gagal.

“Sungguhpun begitu, walaupun tidak salah bagi Nik Amar berangan-angan, Nik Amar dicabar untuk menamakan siapakah calon perdana menteri dari PAS,” katanya. -  Getaran, 4 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad