web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15 Pada November Langkah Rasional, Tepat Pada Masa - Pakar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November depan adalah rasional, selepas mengambil kira faktor kesesuaian waktu dan strategi politik semasa.

Ia juga bukan perkara baharu kerana pernah dilakukan sebelum ini pada era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 1999.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, dalam konteks politik, sesebuah parti pastinya mahu sesuatu tempoh atau situasi yang dilihat menyebelahi mereka untuk menang dan tidak mahu pihak lain mengambil kesempatan.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

Menurutnya, langkah itu adalah rasional bagi mengelakkan pihak lawan menggunakan ruang sedia ada untuk mengukuhkan kedudukan, dengan mempelbagaikan kempen dan menggunakan isu kapal tempur pesisir (LCS) secara lebih meluas.

“Ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri juga pernah diadakan pilihan raya pada bulan November dan Parlimen dibubarkan selepas pembentangan bajet. Kemudian selepas menang pilihan raya, bajet dibentang semula.

“Jadi bagi mereka khususnya Barisan Nasional (BN), mereka mahu pilihan raya diawalkan sebab mereka yakin inilah fasa terakhir untuk mereka menang sebab selepas November ini kalau tiada pilihan raya, mereka tahu bulan Disember, Januari malah Februari tidak mungkin dapat diadakan kerana pelbagai faktor, antaranya banjir, musim persekolahan, Tahun Baharu Cina dan sebagainya,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahu tidak mahu, jelas Awang Azman, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai sebahagian daripada UMNO perlu mengadakan pilihan raya dan sekiranya tidak, beliau akan dianggap tidak akur dengan keputusan parti merangkumi Biro Politik, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta Perhimpunan Agung.

Teka-teki tarikh PRU15 menjadi perbualan masyarakat umum ketika ini, terutama dengan keputusan kerajaan membentangkan Bajet 2023 tiga minggu lebih awal iaitu pada 7 Oktober depan.

Pengumuman tarikh baharu tersebut dilihat memperkuatkan desas-desus kononnya pilihan raya akan diumumkan selepas itu, selaras desakan pihak tertentu agar ia disegerakan.

Dalam pada itu, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berpendapat, perkembangan semasa seperti langkah mempercepatkan pembentangan Bajet 2023 telah memungkinkan pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

Beliau berkata, lazimnya kerajaan berhasrat mewujudkan suasana gembira, antaranya melalui pelbagai insentif kewangan pada bajet yang dibentangkan.

“Mengenai adakah negara dan pengundi sudah bersedia, saya menjangkakan kemelut yang berlaku empat tahun sebelum ini adalah kerana tindakan Ahli Parlimen, dan pengundi mampu memerhatinya dari luar sahaja.

“Jadi mengambil konsep ini bahawa pengundi sudah semestinya mahu meluahkan pendapat mereka, antaranya adalah melalui pilihan raya.

“Mengenai pandemik pula, kita sudah melalui pelbagai proses supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Ditanya berhubung ramalan beliau pada PRU15 kelak, Azmi berpandangan, besar kemungkinan Barisan Nasional (BN) akan menjadi parti dominan dalam perolehan kerusi Parlimen dan negeri kerana kedudukan pembangkang yang dilihat agak berpecah.

Tambahnya, UMNO turut menggunakan strategi simpati terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meraih sokongan namun menegaskan, ia diramal tidak mencukupi bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

"Kemungkinan besar BN perlu mendapatkan sokongan parti lain terutama sekali di Semenanjung.

“Kemungkinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyokong BN tetapi tidak mencukupi, mungkin dari segi majoriti yang kukuh.

“Jadi pasca PRU15 akan melihat BN campur satu lagi parti di Semenanjung, dicampur dengan GPS akan membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti yang agak kukuh.

“Itu jangkaan saya,” katanya. - 29 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

3

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad