web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Timbalan Ketua Bahagian Sebagai Pemangku Ketua UMNO Pekan - Wan Rosdy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 7:00AM

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pekan, Wan Rosdy Wan Ismail - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly, akan menjadi 'caretaker' jawatan Ketua UMNO Pekan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dan denda terhadap penyandangnya, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

“Tim (Timbalan) sebagai Pemangku Ketua Bahagian,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga Pengerusi Badan Perhubugan UMNO Pahang, menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, di sini, semalam. 

Terdahulu, Wan Rosdy, menerusi kenyataan di media sosialnya, berkata Parlimen Pekan akan dijaga, diurus tadbir dan diberikan perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat, selain bekas perdana menteri itu disifatkan amat berjasa kepada Pahang dan negara. 

"Bagi kami, amat besar jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Najib dalam membangun dan memajukan Pahang serta negara ini sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang satu ketika dahulu.

"Justeru, kami amat menghargai setiap jasa, keringat dan sumbangan yang telah beliau curahkan selama ini, katanya. 

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Pekan, Datuk Seri Ishak Muhammad, berkata Timbalan Ketua UMNO Pekan dijangka akan memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan perkara yang berbangkit daripada keputusan semalam. 

"Timbalan akan lakukan dan kita akan berbincang bersama-sama. Apa-apa keputusan akan dibuat bersama-sama," katanya ringkas. 

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 minit yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad