web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 100 Ketua Bahagian UMNO Hadir Mesyuarat Tergempar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 11:41AM

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di mesyuarat tergempar UMNO hari ini - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 100 ketua bahagian UMNO berkumpul di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn dekat sini untuk menghadiri mesyuarat tergempar pada jam 11 pagi.

Mesyuarat itu dipercayai diarahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Berdasarkan jemputan yang dihantar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, ia memaklumkan mesyuarat itu diadakan untuk membincangkan "perkara penting yang menjejaskan masa depan parti".

Menurut sumber, perkara itu merujuk kepada masalah berterusan dalam kes perbicaraan mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Antara yang hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh dan Tan Sri Shahrir Samad.

Sumber turut memaklumkan perkara lain dibincangkan termasuk kontroversi kapal tempur pesisir (LCS) yang akan menjejaskan imej parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Mesyuarat itu diadakan selepas tiga pemimpin kanan parti itu, Ahmad Zahid, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Najib didakwa terlibat dalam projek itu.

Sumber berkata, skandal terbesar itu akan memberi kesan kepada naratif parti dalam mendesak pilihan raya umum diadakan tahun ini manakala pemimpin kanan dan Majlis Tertinggi mungkin boleh menyemak semula tarikh tersebut.

Dengan mesyuarat dijangka berlangsung selama beberapa jam, lebih ramai ketua bahagian dijangka tiba di ibu pejabat parti itu sepanjang hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO, semalam menafikan beliau sedang menunggu keputusan perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid sebelum mengadakan pilihan raya umum.

Sementara itu, Najib sekali lagi melakukan "sumpah laknat" mengulangi penafian beliau mengetahui dana RM42 juta SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya datang daripada syarikat tersebut. -  The Vibes, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad