web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dominasi Kerajaan? DAP Hanya Ada 6 Menteri - Guan Eng

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 6:51PM

Guan Eng berkata, DAP hanya mempunyai enam menteri daripada keseluruhan 29 anggota Kabinet PH ketika itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP tidak pernah mendominasi kerajaan walaupun parti itu adalah antara komponen utama di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP hanya mempunyai enam menteri daripada keseluruhan 29 anggota Kabinet PH ketika itu.

“Tiada seorang pun daripada enam menteri DAP itu memegang jawatan perdana menteri atau timbalan perdana menteri.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harus kembali dan belajar Matematik tentang cara mengira, jika dia percaya bahawa enam daripada 29 anggota Kabinet sama dengan mendominasi Kabinet kerajaan,” katanya hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, UMNO menerusi pemimpinnya didakwa secara tidak jujur menjaja naratif palsu bahawa kerajaan PH adalah kerajaan DAP.

“Mereka juga memutarbelitkan fakta dan angka terhadap peranan DAP dalam kerajaan gabungan berkenaan dari 2018 hingga 2020.

“Naratif palsu UMNO juga diteruskan dengan dakwaan bahawa DAP menolak subsidi atau bantuan kewangan terus,” katanya.

Tegas Guan Eng, had RON95 pada RM2.08 seliter dimulakan di bawah PH apabila harga boleh turun di bawah RM2.08 seliter ketika harga minyak mentah dunia jatuh, tetapi tidak dibenarkan melebihi RM2.08 seliter apabila naik.

“Menteri Pengangkutan DAP ketika itu, Anthony Loke Siew Fook juga telah mencadangkan pembayaran balik RM555 juta kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang telah dibelanjakan untuk mengambil alih konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan memandu dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

DAP juga tambah Guan Eng, telah memulakan pengurangan tol sebanyak 18 peratus untuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebagai langkah pertama ke arah pemansuhan sepenuhnya tol terbabit menjelang akhir 2022.

“Berbeza dengan kerajaan Ismail yang gagal mengurangkan tol satu sen pun,” katanya.

Selain itu kata beliau, cadangan DAP untuk menambah suntikan dana RM45 bilion untuk membantu golongan memerlukan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19, telah dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani PH dengan Ismail Sabri pada September 2021.

“Kebanyakan bantuan itu, yang dinamakan semula sebagai Bantuan Keluarga Malaysia, telah diterima oleh perniagaan dan rakyat berasal daripada tambahan suntikan dana RM45 bilion dicadangkan oleh DAP,” katanya.- Getaran, 3 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

3

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad