web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MoU Masih Kekal, Hanya Klausa PRU-15 Tamat Hari Ini - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 6:00PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan memorandum persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan kekal berkuat kuasa selepas 31 Julai - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan memorandum persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan kekal berkuat kuasa selepas 31 Julai (hari ini).

Jelas beliau, hanya klausa larangan pembubaran Dewan Rakyat sebelum 31 Julai bagi membenarkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan akan tamat secara automatik.

Tambahnya, MoU itu masih dilaksanakan, walaupun beberapa peruntukan masih belum dipenuhi buat masa ini.

“Antara isu yang belum selesai termasuklah soal tadbir urus dan kegagalan mengawal kenaikan kos barangan,” katanya dipetik Free Malaysia Today sebagai berkata kepada pemberita, hari ini.

“Tadbir urus di sini meliputi rasuah, yang seolah-olah menjadi kegiatan harian. Terlalu banyak kes dana awam disalahuruskan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada PH bersedia menghadapi PRU-15 sekarang setelah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bebas menentukannya, Presiden PKR itu memberi jaminan bahawa jentera pilihan rayanya bersedia untuk bertindak sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

"Kami sudah bersedia, tetapi tumpuan kerajaan harus diberikan kepada meningkatkan ekonomi bagi mengurangkan kesusahan dihadapi rakyat.

“Jika satu-satunya alasan adalah untuk mendapatkan kemenangan demi menutup kes mahkamah mereka, ini tidak boleh dipertahankan. Ini bukan sebab untuk pilihan raya diadakan,” katanya.

Tegasnya, pilihan raya mesti diadakan untuk memperbaharui mandat rakyat, bukan untuk menyelamatkan sesetengah individu daripada disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, PH juga tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan isu kenaikan harga barang.

“Kita masih belum berpuas hati tentang urusan mengawal harga barang, kos sara hidup yang sangat menekan rakyat padahal menteri masih dengan cara mereka belanja dalam jumlah yang besar,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil juga menegaskan perjanjian itu tidak akan tamat sehingga Parlimen dibubarkan dan bukan pada 31 Julai seperti didakwa UMNO.

Pada 14 April lalu, media melaporkan Majlis Tertinggi UMNO memutuskan bahawa memorandum itu tidak akan dilanjutkan selepas berakhir hari ini.

Seterusnya, Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata beliau akur dengan keputusan tersebut.

Pada 13 September 2021, Ismail Sabri mewakili kerajaan memetrai MoU itu dengan empat wakil PH, iaitu Anwar; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu; serta Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

MoU itu antara lain memperincikan enam transformasi utama Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu. - The Vibes, 31 Julai 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad