web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Tolak Muafakat Yang Menyeleweng Daripada Muafakat Nasional Asal - Hadi Awang

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 5:12PM

Abdul Hadi menegaskan PAS menolak muafakat tanpa ada sikap bersatu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS hari ini menegaskan parti itu menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada Muafakat Nasional (MN) yang asal, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata PAS juga menolak muafakat tanpa ada sikap bersatu serta kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara, dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.

Justeru Abdul Hadi mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baharu, Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Bersatu yang berteraskan Islam.

“Selain itu juga bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.

“Marilah bersama tawaran baharu ini iaitu berintegriti dan berkebajikan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan, yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.

Selain itu katanya, parti itu juga menolak agenda yang bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat.

“Tujuan PAS sudah terang lagi bersuluh, bukanlah sekadar berhasrat untuk menyelamatkan seseorang atau kumpulan dan kelompok yang kecil sahaja, malah tujuannya adalah untuk menyelamatkan seluruh manusia seberapa ramai yang mungkin.

“Maka, jika terdapat mereka yang sempit dan terhad tujuannya, itu pasti ditinggalkan,” katanya.

Semalam, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dalam status di Facebooknya meminta rakan politik UMNO dalam MN untuk berfikir sejelas-jelasnya mengenai kepentingan untuk mempertahankan gagasan muafakat itu yang asli.

“Belajarlah daripada kisah Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46 dahulu yang semuanya gagal, kerana gabungan politik dibentuk tidak jujur dan 'genuine',” katanya dan menambah UMNO serius dalam memperkukuhkan MN yang ditubuhkan pada 2019.

Beliau berkata, pelbagai kejayaan dilakar MN termasuklah banyak kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dan usaha bersama memperjuangkan kepentingan rakyat, malah momentum keyakinan rakyat pelbagai bangsa dan agama sangat positif, terhadap apa yang boleh ditawarkan oleh MN yang sebenar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

2

Politik 2 tahun yang lalu

Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Muktamar Dah Habis, PAS Bila Nak Bayaq Hutang?’ 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad