web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOU Sedia Ada Antara PM-PH, Bukan Dengan UMNO - Annuar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 8:08PM

MOU sedia ada antara kerajaan Persekutuan dan PH bukan melibatkan parti. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memorandum persefahaman (MOU) sedia ada antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) bukan melibatkan parti, tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, pihak yang terlibat (signatories) dalam MOU berkenaan adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan PH, bertujuan untuk mengekalkan kestabilan politik.

Justeru, beliau memberitahu, pengumuman oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini bahawa parti tersebut memutuskan tiada lagi lanjutan terhadap MOU terbabit, adalah tidak terkait.

“Tetapi ada keputusan peringkat UMNO, saya fikir eloklah, itu satu keputusan peringkat parti (yang) tak akan mengadakan MOU.

“UMNO memang sebelum ini pun tidak ada MOU. Kerajaan kita ini dibentuk berdasarkan keputusan UMNO yang menyerahkan kepada ahli-ahli parlimen untuk menyokong siapa untuk menjadi Perdana Menteri, dari awal lagi. Kali ini apabila Ismail Sabri disokong oleh semua parti-parti yang dalam kerajaan sekarang dan UMNO juga ‘endorse’ Perdana Menteri. Jadi itu jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar menegaskan, MOU sedia ada tidak mempunyai tarikh tutup.

Beliau memberitahu, Perkara 3.1 dalam dokumen tersebut menyatakan bahawa MOU terbabit berkuat kuasa dari tarikh tanda tangan sehingga pembubaran Parlimen.

Sehubungan itu jelasnya, tidak timbul soal MOU baharu kerana dokumen tersebut masih berjalan, dan terpulang kepada pihak yang menandatanganinya untuk menyemak semula.

MOU sedia ada ujar Annuar, masih kekal berkuat kuasa namun terdapat kekeliruan kerana ada satu klausa yang menyatakan bahawa kerajaan tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai.

Oleh itu menurutnya, tiada usul pembubaran Parlimen sehingga akhir bulan ini.

“Kalau selepas bulan ini, dalam MOU itu terpulang kepada Perdana Menteri dan kerajaan.

“Jadi soal tempoh pembubaran Parlimen satu isu, tapi MOU itu bukan hanya soal pembubaran Parlimen, terdapat banyak lagi perkara lain yang telah dicapai, (antaranya) persefahaman antara Perdana Menteri dan pembangkang seperti mana dicatat dalam MOU berkenaan.

“Perkara lain kecuali soal pembubaran masih lagi berkuat kuasa, jadi tiada keperluan bagi MOU yang baharu,” katanya.

Ditanya berhubung kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mencadangkan beliau atau Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengisi jawatan timbalan perdana menteri, Annuar berpendapat bahawa tidak perlu difikirkan soal jawatan ketika ini.

Sebaliknya, beliau berkata, seeloknya semua pihak memberikan fokus kepada rakyat yang sedang menghadapi kenaikan harga dan inflasi.

“Dan kita terus bekerja dalam satu pasukan, lebih baik kalau pembangkang juga turut memberi kerjasama mengekalkan kestabilan agar kita boleh berfungsi sebagai kerajaan.

“Kemudian kalau kita rasa sudah sampai masa hendak adakan pilihan raya umum (PRU), elok kita segerakan (boleh adakan PRU).

“Tetapi pada masa ini pada saya, polemik politik ada baiknya dikurangkan, kita tumpu untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Mana tahu ‘kot kot’ lepas ini sudah tak jadi wakil rakyat, jadi masa ada ini guna sepenuhnya berkhidmat kepada rakyat, bayar hutang kepada rakyat yang telah memilih kita sementara masa masih ada,” katanya lagi. - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

2

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

3

Politik 2 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

MoU LUC Dan Cengild Perkukuh Pendidikan Sektor Kejururawatan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad