web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Pendanaan Politik Diharap Dibentang Segera, Laksana Sebelum PRU-15

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 2:46PM

Kumpulan Rentas Parti Parlimen (KRPM) Mengenai Pendanaan Politik di Malaysia disertai oleh ahli-ahli parlimen merentasi parti politik dan diselia Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) sebagai urusetia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang undang-undang (RUU) persendirian mengenai pendanaan politik yang bertujuan memperkukuh ketelusan dan kebertanggungjawapan dalam pendanaan parti politik, diharap dapat dibentangkan pada sesi sidang Dewan Rakyat ini dan seterusnya menjadi kenyataan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15.

Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen (KRPM) Mengenai Pendanaan Politik di Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) berkata, pihaknya berharap RUU tersebut dapat diberikan laluan untuk dibentangkan secepat mungkin di Parlimen.

"Saya memohon sokongan serta kerjasama semua ahli parlimen, senator dan masyarakat sivil (bagi menjayakannya)," katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Kumpulan tersebut disertai oleh ahli-ahli parlimen merentasi parti politik dan diselia Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) sebagai urusetia.

Timbalan Pengerusi kumpulan berkenaan, Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai) menjelaskan, RUU pendanaan politik memastikan segala masalah berbangkit berkaitan perkara tersebut tidak berulang pada masa depan.

Perkembangan tersebut tambahnya, dapat memudahkan semua parti politik bergerak secara 'halalan toyyiban'.

"Tidak lengkap sekiranya hanya ada RUU ini sahaja atau RUU berkaitan lompat parti tetapi kita perlu lihat ia sebagai satu usaha yang lebih lengkap.

"Sebagai contoh, kita dapat memorandum dari Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tentang keperluan menggubal RUU perkhidmatan atau suruhanjaya parlimen. Kita dengar menteri undang-undang berhasrat untuk membawa RUU tersebut, itu juga sebahagian daripada reformasi penambahbaikan yang perlu untuk memastikan masalah seperti peruntukan untuk ahli-ahli parlimen “ katanya.

Sementara itu, Wong Shu Qi (DAP-Kluang) ketika dihubungi Getaran berkata, RUU persendirian yang telah dikemukakan oleh KRPPM melalui Ahli Parlimen Pasir Mas selaku pengerusi, hanyalah titik permulaan perjalanan untuk memperkukuh demokrasi di Malaysia. 

"Untuk menangani isu korupsi dan juga wang politik yang melemahkan Institusi negara kita, kami berharap RUU ini boleh menyelesaikan sebahagian masalah," katanya.

Dalam pada itu, pada sidang media sama, Datuk Seri Muhkriz Mahathir (PEJUANG-Jerlun) berkata, pihaknya berharap wujud pendekatan dalam 'meratakan padang permainan' agar semua parti politik dapat bersaing dari segi idea dan kudrat pada pilihan raya.

"Saya kira pada pilihan raya umum akan datang yang mungkin dalam setahun lagi, pendanaan yang telah dilakukan sebelum ini masih dapat manfaatkan setiap parti lama, tetapi parti baharu seperti PEJUANG akan tertakluk oleh RUU ini.

"Jadi diharap ada pendekatan meratakan permainan ini agar semua parti politik dalam pilihan raya ada peluang sama dan bersaing dari segi idea serta kudrat untuk membawa kebaikan kepada negara," katanya. - Getaran, 21 Julai 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad