web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Musang King Demi Lindungi Gunung Inas Dari Pembalakan - Ahmad Bashah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 4:41PM

Ahmad Bashah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilihat cuba bermain ‘tarik tali’ selepas didakwa terbabit membuat keputusan untuk menukar tanaman pokok getah klon balak (TLC) kepada durian musang king di Gunung Inas, sebelum ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri di bawah pentadbirannya ketika itu memberi kelulusan tersebut untuk melindungi semula kawasan terlibat yang sebelum ini berlaku aktiviti pembalakan, bagi memastikan ia tidak menjadi punca permasalahan kepada alam sekitar.

Ketika mengambil alih jawatan Menteri Besar Kedah, jelasnya, sebuah syarikat tempatan iaitu ECK Development Sdn Bhd membeli syarikat Aman Mega yang sebelum itu diberi kelulusan untuk menguruskan kawasan Gunung Inas di Baling oleh Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Pada masa itu, cadangan yang dikemukakan oleh ECK kepada saya adalah supaya kawasan berkenaan dijadikan ladang durian musang king pada skala besar. 

“Tujuannya tidak lain untuk memastikan kawasan yang sebelum ini dijalankan aktiviti pembalakan dilindungi semula dengan tanaman, supaya ia kelak tidak menjadi masalah kepada kawasan sekitar,” katanya hari ini.

Terdahulu, Mukhriz mendakwa keputusan menukar tanaman pokok getah klon balak (TLC) kepada durian musang king di Gunung Inas dilakukan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ditadbir oleh Ahmad Bashah.

Jelasnya, anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Agro Sdn Bhd yang sebelum itu diamanahkan untuk menanam semula kawasan tersebut gagal melaksanakannya menyebabkan Aman Mega Sdn Bhd dilantik mengambil alih tanggungjawab itu.

Bagaimanapun menurut Mukhriz, syarikat berkenaan kemudiannya bertukar pemilik selepas dibeli oleh ECK.

Dalam perkembangan berkaitan Ahmad Bashah menegaskan, kelulusan tersebut sama sekali bukan bertujuan melakukan pembalakan baharu kerana aktiviti tersebut telah sedia dibuat pun di kawasan berkenaan.

“Jadi, tumpuan kerajaan adalah untuk memastikan supaya kawasan berkenaan dilindungi semula, dibaik pulih selepas pembalakan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ia dilaksanakan untuk memfokus kepada kesinambungan daripada aktiviti dicadangkan oleh semua syarikat yang dipertanggungjawabkan sebelum ini.

“Cadangan dari ECK itu kemudiannya diangkat untuk pertimbangan kerajaan. Sebagai Menteri Besar sudah tentu saya tidak boleh mengambil keputusan semberono. Ia perlu melalui beberapa peringkat penelitian dan mesyuarat khas di peringkat kerajaan. 

“Sebenarnya banyak cadangan lain lagi tetapi bagi kerajaan pada masa itu cadangan dari ECK tampak lebih meyakinkan. Kita mengambil kira pelbagai faktor termasuk faktor ekonomi, alam semula jadi, kepentingan penduduk dan sebagainya,” katanya.

Tegas Ahmad Bashah, kelulusan berkenaan diberikan untuk melindungi semula kawasan tersebut, bagi menghasilkan faedah dan pulangan yang difikirkan setimpal,” katanya.

Apa yang penting bagi kerajaan jelasnya, adalah isu di kawasan hutan Inas itu diselesaikan pada kadar segera. 

Bagi beliau, pentadbiran dari satu Menteri Besar ke satu Menteri Besar lain menyebabkan beberapa perubahan berlaku dari segi cara berfikir dan mentadbir negeri yang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perkara seperti itu.

“Tidak pula saya berpolitik untuk menuding jari kepada sesiapa, kerana saya sangat faham kerajaan negeri mana sekalipun tidak akan membiarkan perkara ini berterusan. 

“Sebab itu saya katakan di sini, bahawa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), saya tidak lagi menjadi Menteri Besar dan sudah tidak apa sebarang kuasa ke atas mana mana keputusan kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut Ahmad Bashah berkata, Menteri Besar selepas beliau sudah tentu akan mengambil alih tanggungjawab untuk apa saja hal pentadbiran negeri termasuk isu berkenaan.

Beliau berkata, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa jika kerajaan atau pimpinan negeri untuk mengambil keputusan sama ada mahu membatalkan atau meneruskan usaha kerajaan negeri terdahulu.

“Bukan juga satu kesalahan untuk meneruskannya. Terserah kepada mereka. Jadi bagi saya isu pokoknya adalah kerajaan mencari jalan untuk melindungi semula kawasan yang telah dibalak. 

“Saya tidak mengatakan pembalakan itu salah kerana ia tidak boleh dibuat sewenang wenangnya. Ia perlu melalui kelulusan kerajaan.

“Apa yang saya tekankan disini bahawa perkara ini tidak perlu dipolitikkan secara keterlaluan. Hentikan menyalah satu sama lain. Teruskan usaha dan ambil tindakan segera,” katanya. - Getaran, 19 Julai 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 54 minit yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik