web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nak Lulus Perlembagaan Seperti MCA, UMNO Perlu Segera Laksana Pemilihan Parti

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 4:34PM

Badrul Hisham Shaharin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO memerlukan mandat serta barisan kepimpinan baharu menerusi pemilihan parti sekiranya mahu permohonan pindaan perlembagaan diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Penyelaras Penerangan Perikatan Nasional (PN), Badrul Hisham Shaharin berkata, UMNO tidak boleh menangguhkan pemilihan seperti yang telah dilakukan oleh MCA.

Menurut beliau, ini kerana perlembagaan MCA sudah pun digubal dan diluluskan pada 2019 untuk membolehkan pemilihan parti dibuat enam bulan selepas pilihan raya.

“UMNO baru hendak meminda perlembagaan parti untuk tujuan sama.

“Pada 2019, perlembagaan MCA digubal semasa kesemua Majlis Tertinggi MCA dan struktur organisasi MCA masih dalam tempoh pelantikan menerusi pemilihan parti pada 2018.

“Bezanya dengan UMNO kini adalah status struktur organisasi terkini bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun 2021.

“Parti itu hendak meminda perlembagaan parti mereka pada 16 Mac 2022,” katanya hari ini.

Badrul Hisham berkata, status terkini UMNO hanyalah sekadar ‘care taker’ dan mengikut peruntukan Perlembagaan UMNO, klausa 9.3 mengatakan bahawa Majlis Kerja Tertinggi UMNO perlu dipilih setiap tiga tahun, sekali gus melebihi tempoh yang dibenarkan dalam perlembagaan parti.

Media tempatan melaporkan, UMNO berkemungkinan mengadakan pemilihan parti sebelum akhir tahun ini, sekiranya ROS tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan bagi menangguhkan tarikh pemilihan itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu juga mempunyai ‘Pelan B’, jika ia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pemilihan sebelum Disember.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pontian itu menegaskan, butiran ‘Pelan B’ itu tidak boleh didedahkan buat masa ini.

Mengulas lanjut Badrul Hisham berkata, tiada sebarang peruntukan dalam perlembagaan UMNO mampu membuktikan parti itu yang kini hanya sebagai ‘care taker’ boleh meluluskan pindaan kepada perlembagaannya.

“UMNO tidak memiliki sebarang akta dalam perlembagaan parti mereka untuk menangguhkan pemilihan lagi.

“Hal ini disebabkan Fasal 10.16 dalam Perlembagaan UMNO hanya memperuntukkan bahawa MKT berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan tetapi tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh yang sepatutnya,” katanya.

Menurut beliau, UMNO boleh meminda perlembagaan parti seperti MCA tetapi hanya dengan status struktur organisasi yang sah dan bukannya status penjaga.

“Oleh sebab itu, kepimpinan baharu perlu mendapat mandat baharu melalui pemilihan UMNO untuk menggubal pindaan sedemikian kerana ROS tidak ada kuasa di bawah seksyen 13A (4) untuk membenarkan apa-apa perlanjutan masa untuknya membuat pemilihan parti.

“Hal ini disebabkan penangguhan sesebuah organisasi perlu berpaksikan kepada perlembagaan parti mereka yang tersendiri,” katanya. - Getaran, 12 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad