web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perikatan Nasional Akan Perkenal Logo Baharu Pada PRU-15

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 6:32PM

Muhyiddin bergambar dengan pengunjung yang hadir pada program Kenduri Rakyat Aidiladha Perikanan Nasional Negeri Perak di Kampung Manjoi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perikatan Nasional (PN) akan memperkenalkan logo baharu untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia susulan terdapat cadangan untuk mengubah suai logo sedia ada semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu, kira-kira dua minggu lepas.

"Logo sedia ada sudah baik tetapi kita akan buat penambahbaikan dan ada simbol-simbol yang digunakan.

"Jadi logo yang sesuai akan diperkenalkan dan dimaklumkan kepada pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Kenduri Rakyat Aidiladha Perikatan Nasional Negeri Perak di Kampung Manjoi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PAS yang membayangkan tidak menggunakan logo PN dan bulan purnama untuk calonnya pada PRU15.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata parti itu akan menggunakan simbol baharu dan sesuai untuk semua calonnya bagi menghadapi PRU akan datang.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata PAS telah memaklumkan mahu mencari logo yang bersesuaian dengan PN dan ia sedang diusahakan oleh Setiausaha Agung gabungan itu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pada 3 Julai lepas, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata keputusan untuk menggunakan logo PN pada PRU15 masih belum dimuktamadkan. - Bernama

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad