web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hans Isaac Tewas, Altimet Ketua Cabang Ampang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 10:26PM

Altimet - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Komposer dan penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet diumumkan sebagai Ketua PKR Cabang Ampang selepas kiraan semula undi dibuat.

Beliau menewaskan selebriti Datuk Hans Isaac dengan kelebihan sembilan undi.

Altimet yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukannya berkata, misi pertama sebaik menggalas tugas berkenaan ialah memperkukuh hubungan bersama anggota cabang sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Ini ialah tanggungjawab besar, khususnya untuk pendatang baharu seperti saya,” katanya.

“Ini bukan tugas perseorangan, sebaliknya kerjasama dengan semua ahli parti, berbekalkan semangat reformasi. Berdasarkan keputusan rasmi pemilihan parti, cabang Ampang dibarisi individu yang berbakat dan berjiwa besar.”

Pengerusi jawatankuasa pemilihan parti, Dr Zaliha Mustafa memberitahu The Vibes, keputusan berkenaan disahkan secara rasmi malam ini.

The Vibes akan berusaha mendapatkan komen Hans berhubung keputusan luar jangka itu.

Altimet sebelum ini menuntut kiraan semula selepas meraih 746 undi, tewas tipis dengan dua undi kepada Hans.

Menurut beliau, kiraan semula itu dibuat selepas berbincang dengan Hans, yang setuju bahawa kemenagan itu terlalu tipis.

Kiraan semula undi bahagian Ampang dibuat pada 29 Jun selepas parti mendapati pemenang asal, Daing Muhammad Reduan Bachok disabitkan dengan perbuatan membeli undi ketika berkempen.

Dakwaan bahawa kegiatan membeli undi wujud di bahagian itu timbul kembali dengan ahli PKR, Muhammad Syafiq Zulkifli mendakwa, Hans turut terbabit dalam perkara tersebut.

Aktor itu bagaimanapun menafikan semua tuduhan berkenaan.

Pasukan audit pemilihan PKR baru-baru ini ketika mengumumkan keputusan rasmi turut mengesahkan, berlaku cubaan merosakkan undi dalam pilihan raya parti itu. – The Vibes, 8 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 8 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad