web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MPP Pusat Iktiraf Keputusan Rasmi Pemilihan 2022 - Fahmi Fadzil

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 4:07PM

MPP PKR mengumumkan untuk mengiktiraf keputusan rasmi Pemilihan 2022, justeru Kongres Wanita dan AMK pada 15 Julai dan Kongres Nasional pada 16 dan 17 Julai akan diteruskan di Shah Alam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengiktiraf keputusan rasmi Pemilihan 2022 seperti yang diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Isnin lalu.

Susulan pengiktirafan, MPP memutuskan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 15 Julai dan Kongres Nasional pada 16 dan 17 Julai akan diteruskan di IDEAL Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, keputusan tersebut diputuskan MPP selepas mengadakan mesyuarat khas malam tadi untuk membincangkan beberapa perkara berhubung Pemilihan 2022 dan Kongres Nasional ke-16.

“Berhubung tarikh asal bagi Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN pada 24 Jun serta Kongres Nasional pada 25 dan 26 Jun, ia telah diubah bagi memberi ruang serta masa yang secukupnya kepada JPP serta firma audit forensik untuk menyelesaikan aduan diterima dan tidak sama sekali bertujuan melengahkan pengumuman keputusan pemilihan.

“Kongres KEADILAN ke-16 ini akan menyaksikan saf kepimpinan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan parti, seterusnya menggariskan dasar serta hala tuju parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya hari ini.

 Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi, MPP pada mesyuarat sama telah meneliti laporan JPP, iaitu pembekal perkhidmatan yang membangunkan aplikasi ADIL serta firma audit forensik dilantik.

Katanya, MPP mengambil maklum sebahagian daripada 1,800 aduan yang diterima masih dalam penelitian dan JPP memberi jaminan, ia akan diselesaikan secara menyeluruh, termasuk memberi maklum balas bertulis kepada semua pengadu.

“MPP turut menerima penjelasan bahawa bagi kategori aduan yang terkait isu disiplin, hal tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu berkata, MPP turut diberi taklimat penuh oleh firma audit forensik berhubung dapatan audit lengkap bagi Pemilihan 2022.

“Berdasarkan perbincangan dan pembentangan penuh malam tadi, MPP mengambil maklum bahawa sistem ADIL dibangunkan adalah suatu sistem dengan integriti yang utuh.

“Walaupun begitu, firma audit forensik memperakui wujud beberapa kelemahan pada peringkat pelaksanaan sistem tersebut.

“MPP menerima penjelasan penuh firma audit forensik bahawa langkah-langkah bersesuaian untuk memperbaiki kelemahan tersebut telah diambil,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar