web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Politik Perlu Matang, Fokus Perkukuh Negara Bukan Saling ‘Menyerang’

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 7:00AM

Sesetengah pemimpin politik tidak dapat memisahkan antara berpolitik dan mengutamakan kemaslahatan rakyat. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin politik di negara ini perlu lebih matang berpolitik dengan memberikan tumpuan kepada agenda memperkukuh negara, daripada saling menyerang antara mereka.

Pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Datuk Dr Ismail Sualman berkata, terdapat sesetengah pemimpin politik tidak dapat memisahkan antara berpolitik dan mengutamakan kemaslahatan rakyat.

Menurutnya, pihak terbabit dilihat akan menggunakan ayat provokasi tertentu untuk mempengaruhi rakyat.

“Dalam keadaan politik sekarang ini, baik di mana-mana parti pun saya nampak, memang tidak stabil kerana saling memerlukan untuk membentuk kerajaan.

“Saya pun tidak faham kenapa pemimpin ini, di luar sana berkempen mereka menghentam seada-adanya, sedangkan pada hakikatnya, kerajaan Malaysia diasaskan pelbagai parti politik.

“Bermaksud di waktu siang mereka bercakaran, pada malam boleh tidur bersama. Ini menyebabkan politik Malaysia ini tidak stabil,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Ismail menjelaskan, hal tersebut berlaku kerana pemimpin tersebut tidak dapat membezakan antara politik dan kerajaan.

Sebab itu, tambah beliau, setiap pemimpin perlu menjaga kata-kata kerana apa diucapkan mereka kelak akan mempengaruhi rakyat.

“Ia hanya menjadi sensasi untuk mendapatkan laba sokongan tetapi pada hakikatnya, kadang-kadang cara dia bercakap begitu.

“Orang di bawah akan ingat dan berdendam, orang mulut celupar ini bakal dihukum pengundi di kawasan masing-masing.

“Sebab itu saya ingat, pemimpin perlu lebih matang,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, fokus sememangnya perlu diberikan kepada penyelesaian masalah rakyat, terutama dengan kenaikan harga barang ketika ini.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

Sehubungan itu, beliau berpandangan, memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) perlu diteruskan, memandangkan ia memberi ruang yang baik kepada kerajaan untuk membantu rakyat.

“Mana ada kerajaan diganggu sekarang ini? Di Parlimen tidak diganggu, hanya kritikan-kritikan sahaja.

“Jadi, masa yang baik politik stabil ini, pergunakan sebaik mungkin untuk mencapai kehidupan rakyat lebih baik. Inilah masanya, bila lagi?,” soalnya. - Getaran, 4 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

3

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad