web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Perlu Ketuai Sendiri Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 8:58PM

Guan Eng berkata pasukan khas itu akan menjadi satu lagi ‘sembang kedai kopi’ jika tidak diketuai oleh perdana menteri sendiri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengetuai sendiri Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi menunjukkan komitmen serius kerajaan untuk menangani krisis kewangan teruk sedang dihadapi rakyat dan bidang perniagaan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, jika tidak, pasukan khas itu akan menjadi satu lagi ‘sembang kedai kopi’ tanpa sebarang tindakan konkrit.

“Apa gunanya menubuhkan satu lagi jawatankuasa khas Kabinet enam orang menteri apabila diketuai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang tidak dapat mengira dengan tepat analisis kos-faedah pemansuhan subsidi untuk ayam, telur dan minyak masak, kecuali peket satu kilogram (kg)?,” soalnya.

Guan Eng mendakwa, Annuar membuat dakwaan palsu pada minggu lepas dengan mengatakan bahawa kerajaan memutuskan untuk meningkatkan nilai subsidi dengan mengkaji semula subsidi sekarang.

Beliau berkata, ia walaupun hakikatnya kerajaan hanya menyalurkan kepada rakyat RM630 juta daripada RM960 juta penjimatan daripada pemansuhan subsidi tersebut.

“Dengan penjimatan RM960 juta daripada pemansuhan subsidi, tetapi hanya memberikan RM630 juta sebagai bantuan tambahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 kepada isi rumah B40 dan RM50 kepada individu bujang, bermakna rakyat kehilangan RM330 juta dalam faedah subsidi sebelumnya.

“Bolehkah kita mengharapkan seorang menteri yang tidak faham apa diperkatakan atau tidak boleh mengira untuk membantu kita mengatasi inflasi dan kenaikan harga?,” soalnya.

Lebih teruk, tambah Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, golongan berpendapatan pertengahan (M40) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) langsung tidak mendapat bantuan tambahan walaupun mereka turut menderita.

Jelasnya, perkara itu ditunjukkan oleh kenaikan kos pengeluaran dan diukur indeks harga pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan Malaysia, yang mengukur kos barangan selepas keluar dari kilang, iaitu naik sebanyak 11.2 peratus pada Mei 2022, berbanding 11 peratus pada April 2022.

Beliau memberitahu, ramai penganalisis berpendapat bahawa peningkatan kos buruh dan bahan ditambah dengan kekurangan pekerja yang teruk, disebabkan kegagalan besar kerajaan sekarang untuk memudahkan kemasukan pekerja tempatan.

Menurutnya, Perdana Menteri boleh membantu mengurangkan kos yang semakin meningkat dengan menyelesaikan masalah kekurangan tenaga pekerja asing menggunakan kuasanya, tetapi sekali lagi enggan mengambil tanggungjawab.

“Berapa lama Ismail Sabri boleh menunggu apabila keadaan kewangan menjadi lebih sukar dengan indeks harga pengguna (CPI) untuk Mei 2022 melebihi jangkaan dengan meningkat kepada 2.8 peratus, walaupun semua kawalan harga dikenakan ke atas barangan keperluan,” katanya. - Getaran, 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 2 tahun yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

3

Politik 2 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 20 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM