web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majlis Pemulihan Negara Gagal, Tiba Masa Kerajaan Bubarkan - UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 2:26PM

Ahmad Zahid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dibubarkan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi semalam, MPN tidak lagi berkesan, malah dilihat sebagai tidak perlu dan bercanggah dengan usaha terkini kerajaan untuk menangani masalah rakyat.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, kewujudan MPN dari awal lagi tidak membuahkan hasil dan berfungsi hanya sebagai penasihat kepada kerajaan sahaja, iaitu peranan sebenarnya boleh dan sedang dilakukan badan seperti Khazanah Research Institute (KRI).

“MPN sudah gagal. Sudah tiba masanya kerajaan membubarkan sahaja majlis ini dan memberikan kelapangan kepada kementerian dan menteri daripada melayan serta menghadiri mesyuarat majlis yang tidak berkesan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jemaah Menteri semalam bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia yang menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan khas itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu berkaitan inflasi, khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Ahmad Zahid menambah, MPN hanya satu platform untuk memberikan Muhyiddin peluang bagi menaikkan imej diri sendiri dan parti beliau serta tidak semestinya bersuara bagi pihak rakyat dan kepentingan negara.

“Saya ingin menasihati Muhyiddin untuk menggunakan platform berlainan bagi menyumbang idea dan saranan sebagai mantan Perdana Menteri, seperti menerusi Yayasan Kepimpinan Perdana bersama-sama Tun Dr Mahathir. Itu lebih elok,” katanya.

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September tahun lalu bersetuju melantik Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri.

Pelantikan itu juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. - Getaran, 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad