web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tajuddin Wajar Berehat, Tidak Sesuai Jadi Duta – Pemuda UMNO

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 9:01PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disarankan agar berehat kerana tidak lagi sesuai untuk menggalas tanggungjawab sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, tindakan Tajuddin yang menyelar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai amat tidak bijak dan memalukan dirinya sendiri.

Sehubungan itu jelasnya, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengambil langkah yang amat tepat apabila memecat bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) tersebut.

"Saya menghormati Tajuddin sebagai orang lama dalam parti, tetapi tindak-tanduk dan sikap ditunjukkan itu membuktikan beliau tidak selayaknya memegang jawatan dalam MKT, bahkan saya menyarankan agar beliau tidak perlu dilantik menjadi duta di Indonesia.

"Cukup-cukuplah memegang jawatan dalam parti dan juga kerajaan. Berilah ruang dan peluang untuk pemimpin lain pula berkhidmat," katanya hari ini.

Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin - Gambar dari Facebook
Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin - Gambar dari Facebook

Menurut Muqharabbin, ramai pemimpin lain atau mantan pegawai tinggi kerajaan yang lebih layak dan boleh dilantik sebagai duta Malaysia ke Indonesia.

Katanya, tidak molek untuk imej negara jika kerajaan menghantar seorang duta yang terpalit dengan pelbagai kontroversi di negara sendiri.

"Jangan hanya kerana ingin menjaga hati kawan-kawan, nama parti dan imej negara terpalit sekali lagi dengan siri kenyataan yang tidak matang dan memalukan.

"Sebagai pemimpin, kita sudah terikat dengan amanah dan janji. Bila dibuka segala minit mesyuarat hanya kerana dilucutkan jawatan, itu menunjukkan beliau (Tajuddin) adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah," katanya.

Tambah Muqharabbin, kini adalah masa untuk seluruh ahli parti menumpukan perhatian kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15) dan bukan bertindak sebagai musuh dalam selimut.

"Jangan diungkit hal yang lalu, kita harus fokus untuk menghadapi PRU-15 dan bukannya menimbulkan kekalutan dalam kalangan ahli parti.

"Kita sedang bersiap untuk mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memberi peluang kepada BN memulihkan ekonomi negara dan mengembalikan negara ke landasan yang betul,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid berkata, Tajuddin sebagai seorang pemimpin politik senior dalam parti wajar bermuhasabah diri dan berlapang dada apabila posisinya sebagai ahli MKT UMNO secara lantikan digantikan dengan pemimpin lain yang lebih berkelayakan.

"Kenyataan dan tuduhan dilemparkan Tajuddin dalam sidang media berkenaan jelas tidak rasional, dipenuhi elemen kebencian dan mencalarkan imej parti. Beliau menggambarkan seolah-olah berlaku kepincangan dalam UMNO dengan wujudnya plot tertentu yang kononnya bertujuan menggulingkan Presiden secara tidak sah,” katanya. – Getaran, 29 Jun 2022


 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad