web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertemuan Santai Anwar - Rafizi, Bincang Agenda Perkukuhkan PKR 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 7:26PM

Anwar (tengah) bersama Nurul Izzah dan Rafizi mengadakan pertemuan secara santai bagi membincangkan agenda memperkukuhkan PKR. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan santai dengan bakal timbalannya, Rafizi Ramli, semalam, kali pertama selepas bekas Ahli Parlimen Pandan itu memenangi pemilihan parti.

Pertemuan berkenaan turut disertai bekas Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pertemuan berkenaan adalah sesi bual santai sambil membincangkan agenda untuk memperkukuhkan PKR.

“Semalam ketemu saudara Rafizi Ramli sambil diapit saudari Nurul Izzah. Bual santai selain bincang agenda perkukuh KEADILAN (PKR),” katanya ringkas di Facebook, hari ini.

 

Semalam ketemu saudara Rafizi Ramli sambil diapit saudari Nurul Izzah. Bual santai selain bincang agenda memperkukuh KEADILAN.

Posted by Anwar Ibrahim on Wednesday, June 29, 2022

Hantaran Anwar itu mendapat reaksi positif daripada pengikutnya di Facebook yang rata-rata menyifatkan, Rafizi dan Nurul Izzah adalah pemimpin pelapis PKR dalam membawa agenda reformasi.

Pemilik akaun dikenali sebagai Jasdeep Singh dalam komen pada hantaran itu berkata, Anwar perlu menimbangkan kemungkinan untuk membenarkan kedua-dua figura muda berkenaan memainkan peranan besar dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Benarkan Rafizi dan Nurul mainkan peranan utama untuk PRU15 depan,” katanya dalam bahasa Inggeris.

Sementara itu, Kyoko Riders pula berkata, akar umbi PKR menantikan ideologi baharu yang lebih segar dan baik.

“Doa kami tak pernah putus untuk sesuatu yang lebih baik dalam PKR, Insya Allah,” katanya di ruangan komen. – Getaran, 29 Jun 2022

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran