web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pilih Perpaduan, Stabiliti: Shahril Gesa Ahli UMNO Bersatu, Percayakan Pemimpin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 3:52PM

Shahril Hamdan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menggesa ahli supaya bersatu ketika pelbagai spekulasi menyelubungi kestabilan parti itu.

Ia susulan tindakan Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan bahawa beliau adalah ‘saksi hidup’ kepada akuan berkanun (SD) yang ditandatangani tahun lalu bagi menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Shahril berkata, nasib UMNO terletak di tangan ahlinya dan parti itu akan ‘menang’ selagi kepercayaan terhadap kepimpinannya kekal teguh.

“(UMNO) adalah parti yang sepatutnya berada di ambang kemenangan. Mengapa kita mengundang kekalahan dengan berpecah belah? Pilih untuk bersatu, pilih kestabilan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Shahril, persoalan terbuka atau pertikaian mengenai keputusan dibuat pihak yang mempunyai kuasa juga tidak sepatutnya dicetuskan.

Shahril berkata nasib UMNO terletak di tangan ahlinya dan parti itu akan ‘menang’ selagi kepercayaan terhadap kepimpinannya kekal teguh. - Gambar fail
Shahril berkata nasib UMNO terletak di tangan ahlinya dan parti itu akan ‘menang’ selagi kepercayaan terhadap kepimpinannya kekal teguh. - Gambar fail

Sambil menyatakan bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan Konvensyen Barisan Nasional (BN) sudah bersepakat untuk menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diberi kepercayaan untuk mengendalikan pelantikan Kabinet.

“Beliau adalah Naib Presiden kita dan ‘poster boy’ yang mendapat restu daripada Presiden kita (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan), jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta parti amnya,” katanya.

“Pemilihan akan dibuat selepas PRU-15. Barisan lima pemimpin teratas akan memutuskan tarikh pilihan raya, membentangkannya kepada jawatankuasa MKT sebelum ia dimuktamadkan. Tidak perlu bergaduh atau menimbulkan syak wasangka,” katanya.

Tajuddin Abdul Rahman
Tajuddin Abdul Rahman

Selain itu, dalam satu pendedahan dibuat ketika sidang akhbar Tajuddin baru-baru ini, Shahril berkata bahawa peristiwa lalu tidak perlu ‘diungkit’ dan ditokok tambah.

“Hadir dalam mana-mana perjumpaan tak semestinya bermakna menyokong apa-apa pergerakan. Presiden sendiri lebih tahu dan sudah lama tahu mengenai hal ini dan biarlah beliau yang mengadili,” katanya.

Jelasnya, pendedahan itu sudah tentu menggembirakan pihak lawan, malah segala dakwaan terbabit menjadi peluru untuk pihak berkenaan terus menyerang UMNO.

“Satu hari ada pihak kata Perdana Menteri lemah, sedangkan beliau sedang sibuk sehabis baik mengurus negara dalam keadaan ekonomi dan politik cukup mencabar.

“Hari lain pula ada pihak kata Presiden liabiliti dan lemah juga. Sedangkan lemah macam mana kalau dah memimpin kejayaan 7-0 dalam pilihan raya,” soalnya.

Pada sidang akhbarnya semalam, Tajuddin mendedahkan bahawa terdapat gerakan dalaman UMNO bagi menjatuhkan Zahid sebagai ketua, sambil berkongsi foto mesyuarat peringkat tinggi yang membincangkan supaya pemimpin kanan itu meletakkan jawatan daripada tugas kepimpinan.

Beliau mendedahkan bahawa gerakan itu diketuai Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tokmat yang bersekongkol dengan mantan Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak untuk menganjurkan mesyuarat pada Mei 2020.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kemudian mengesahkan dengan The Vibes bahawa beliau menghadiri mesyuarat dalam kalangan pemimpin kanan UMNO yang membincangkan ‘penyingkiran’ Zahid buat sementara waktu sehingga kes perbicaraan beliau selesai. – Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad