web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Takut Disiasat SPRM', Tajuddin Adakan Sidang Media Dipenuhi Putar Belit

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 12:11PM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMK) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan sidang media diadakan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam sebagai ‘masuk bakul angkat sendiri’ dan dipenuhi putar belit.

Beliau berkata, hakikatnya banyak pihak tahu Tajuddin menganjurkan beberapa pertemuan di rumahnya, malah ia mempunyai ramai ‘saksi hidup’.

Malah, Mohd Puad mendakwa mantan ahli MKT UMNO itu bertindak demikian kerana fobia apabila disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ramai tahu Tajuddin anjur banyak pertemuan di rumahnya. Kenapa pusing 200 darjah? Dia fobia bila disiasat SPRM. Ramai saksi hidup,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

ANNUAR MUSA SOKONG SAKSI HIDUP Suka Annuar Musa dengan sidang media Tajuddin. Dia paling aktif “viral dan share”...

Posted by DrPuad Zarkashi on Monday, June 27, 2022

Secara sinis, Mohd Puad berkata, standard Tajuddin adalah sama dengan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar yang disiasat pihak berkuasa membabitkan kes rasuah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, (kes rogol) dan mantan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony (rasuah).

“Semua jadi takut dan cair bila disiasat SPRM. Legasi kepahlawanan Pasir Salak memang hebat. Malangnya saksi hidup Pasir Salak moden cepat cair,” katanya.

Terdahulu, menerusi sidang medianya, Tajuddin mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai gerakan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, Mohd Puad menempelak sikap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang dilihat ‘gembira’ berhubung isu pendedahan dibuat Tajuddin.

“Dia (Annuar) paling aktif ‘viral dan share’ (tular dan kongsi) laporan media, terutamanya portal terhadap sidang media Tajuddin semalam.

“Pada Annuar itu bola tanggung untuk ‘smash’ (hentam) UMNO. Annuar kata tindakan terhadap Tajuddin akan timbulkan krisis. Memang Annuar mahu begitu. Sebab itu dia viral dan share,” katanya. – Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar