web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BERSATU Tak Hadir PAU2020, PN Retak Menanti Belah?

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 2:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020 memasuki hari terakhir, ketidakhadiran wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menimbulkan tanda tanya, khususnya di kalangan media.

Sedikit sebanyak senario ini pantas menimbulkan spekulasi, apakah kesepakatan Perikatan Nasional (PN) yang terjalin sejak 'Langkah Sheraton' itu bagaikan retak menanti belah?

Bukan sekadar tidak kelihatan semasa ucapan perasmian disampaikan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kelibat wakil parti pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga gagal dilihat di mana-mana pada hari pertama persidangan, semalam.

Ia seolah-olah membenarkan teori, bahawa api pertelingkahan sememangnya sudah lama membakar kedua parti, yang mungkin bertitik tolak daripada janji palsu BERSATU sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, September lalu.

Pada yang mungkin terlupa, Ahli Dewan Negeri Undangan (ADUN), Limag, Datuk Seri Bung Moktar Radin sudah disebut-sebut bakal menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri tetapi malangnya, portfolio itu beralih tangan pada saat akhir.

Selepas berhempas pulas mencurah segenap usaha untuk menjamin kemenangan PN dalam PRN Sabah, Bung Mokhtar akhirnya terpaksa akur, rezeki tidak berpihak kepadanya, sebaliknya menjadi milik ADUN Sulaman, Hajiji Mohd Noor.

Peristiwa berkenaan dilihat ramai menjadi pemangkin yang mengeruhkan lagi hubungan UMNO dan BERSATU, sehingga membawa kepada penyingkiran Datuk Seri Faisal Azumu sebagai Menteri Besar Perak, tidak lama selepas itu.

Ketidakhadiran wakil BERSATU semakin jelas dan nyata, ketika nama pemimpin bukan UMNO disebut satu persatu oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ia adalah bukti kukuh bahawa hubungan mereka ibarat pasangan yang bercerai kasih, putus tak mampu disambung, kusut tak bisa terurai.

Antara yang dilihat hadir pada majlis perasmian itu adalah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dan dua pemimpin tertinggi PAS selaku sekutu UMNO di dalam Muafakat Nasional (MN), Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Konflik BERSATU-UMNO semakin tidak boleh disorok, apabila ada pemimpin parti lain tetap meluangkan masa untuk hadir, walaupun mereka bukan sebahagian daripada kerjasama BN atau MN.

Kehadiran Arthur Joseph Kurup, timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu disifatkan sebagai manifestasi sokongan terhadap UMNO, yang terbentuk hasil penyertaan parti berkenaan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Selain UMNO, turut terbabit dalam GRS ialah BERSATU, yang juga komponen utama dalam jalinan kerjasama PN.

Dengan sentimen kemarahan terhadap BERSATU disebut secara terang-terangan dalam hampir semua ucapan di PAU2020, tidak mustahil pembentukan PN akan terlerai sedikit masa lagi, sekali gus memungkinkan peralihan kuasa yang baharu. - Getaran, 28 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad