web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Bandingkan Saya Dengan Zuraida - Azmin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 8:21AM

Azmin Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak agar tidak membandingkan dirinya dengan Datuk Zuraida Kamarudin yang berhijrah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata beliau akan terus berjuang dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat bersama Bersatu.

“Saya rasa tidak perlu bandingkan saya dengan orang lain kerana apabila saya pilih menyertai BERSATU, ia bukan paksaan malah saya menyertai parti ini kerana ia dekat dengan diri saya yang mahu parti yang progresif dan inklusif kepada semua.

“Bersatu telah lakukan anjakan paradigma dalam perlembagaan parti yang membuatkan parti ini terbuka kepada semua kaum, jadi saya perlu pertahan dan perkukuhkan parti bersama kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya juga akan beri tenaga serta sumbangan untuk kukuhkan Bersatu.

“Saya juga yakin dengan dasar-dasar yang dibawa BERSATU sehingga boleh membantu negara keluar daripada kemelut dan krisis kesihatan, ekonomi serta politik akan membuatkan parti ini diterima rakyat pada pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Parlimen Balik Pulau semalam.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa pihak membandingkan beliau dengan rakan sekutunya sebelum ini iaitu Zuraida yang meninggalkan BERSATU dan menyertai PBM pada 26 Mei lepas.

Pada Ogos 2020, beberapa pemimpin PKR termasuk Mohamed Azmin dan Zuraida, yang bergerak melalui badan bukan kerajaan iaitu Penggerak Komuniti Negara, mengumumkan keputusan menyertai BERSATU.

Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata beliau sedia bertanding di mana-mana kerusi yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan BERSATU kerana patuh kepada keputusan parti.

Katanya beliau telah melakukan segala upaya untuk membangunkan Gombak selain membina hubungan dan semangat kekeluargaan sejak sekian lama bersama rakyat serta yakin kawasan itu akan kekal di tangan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Diminta mengulas spekulasi bahawa beliau akan kembali menyertai PKR selepas didakwa berjumpa dengan dua wakil parti itu di Hotel Sheraton, Petaling Jaya baru-baru ini, Azmin berkata perkara tersebut hanya spekulasi semata-mata.

“Saya jumpa ramai orang, saya tidak ingat siapa saya jumpa, saya juga pergi banyak hotel. Nama pun spekulasi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 minit yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 58 minit yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 20 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran