web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambutan Gawai Dayak, Bukan Idea Saya Anjur Persembahan Tarian Seksi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 3:41PM

Dr Annuar Rapaee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr Annuar Rapaee menafikan sambutan Gawai Dayak di Sibu baru-baru ini yang menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat setempat, dirancang oleh beliau.

“Saya telah diheret secara tidak adil ke dalam perkara ini dan menjadi sasaran secara tidak adil oleh pengkritik. Ia bukan idea saya untuk mengadakan persembahan tarian seksi.

“Saya hanya dijemput sebagai salah seorang tetamu kehormat PBB Zon Tengah (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, komponen utama dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Pertunjukan pentas itu dianjurkan oleh pasukan penganjur Parti Demokratik Progresif (PDP).

“Saya tidak tahu sebelum acara itu akan ada tarian seksi sebegitu. Lain kali, saya akan hantar pembantu saya untuk meneliti semua acara sebelum saya hadir,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu.

Dr Annuar, yang juga Ketua PBB cawangan Nangka dalam daerah Sibu berkata, beliau telah menjadi sasaran serangan peribadi berikutan kehadirannya pada majlis tersebut.

“Ia bertukar menjadi kontroversi politik terhadap saya dan saya telah menjadi sasaran secara tidak adil,” katanya.

Cawangan kedua-dua parti daripada gabungan GPS mengaku mengadakan pertunjukan tarian seksi pada majlis sambutan Hari Gawai Dayak di bandar Sibu.

PBB cawangan Zon Tengah dan PDP cawangan Bawang Assan membuat pengakuan tersebut dalam kenyataan berasingan.

Kedua-dua parti bagaimanapun mempertahankan kehadiran beberapa gadis seksi bagi persembahan tarian kontroversi itu dengan mengatakan ia hanya untuk menghiburkan tetamu.

Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, rancangan itu menjadi kontroversi awam kerana ia “diambil diluar konteks”.

King Sing yang juga ADUN Dudong dan juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, Kongres Kebangsaan Dayak juga mengambil perkara di luar konteks dalam mengutuk persembahan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa tarian seksi berkenaan tidak mencemarkan sambutan Hari Gawai Dayak dalam apa cara sekalipun.

Ketua masyarakat Dayak mengecam penganjur acara sambutan Hari Gawai Dayak yang berlangsung di Sibu itu kerana didakwa menggunakan wanita untuk melakukan persembahan seksi di atas pentas.

Kongres Kebangsaan Dayak dan Persatuan Pemikir Dayak Sarawak berkata, acara terbabit telah ‘mencemar’ imej sambutan Hari Gawai Dayak. - The Vibes, 20 Jun 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad