web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terima Dana UKSB, Muhyiddin Harus 'Diheret' Ke Mahkamah Seperti Zahid 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 1:39PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus didakwa di mahkamah kerana namanya telah 'diseru' sebagai penerima dana berjumlah kira-kira RM1.3 juta daripada syarikat pembekal perkhidmatan visa luar negara (VLN), Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii juga menyakini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tahu mengenai perkara tersebut. 

Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii

Beliau turut meluahkan kekecewaan kerana Dr Mahathir membisu dan menyembunyikan isu berkenaan ketika Pakatan Harapan (PH)  mentadbir negara selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) pada 2018.

“Kepada Tun (Dr) Mahathir, sekian lama rakyat tahu perangai dan tingkah laku kamu yang membenci UMNO dan akan bertindak kejam terhadap UMNO, (tetapi) hari ini, terbukti sudah bahawa kamu melepaskan Tan Seri Muhyddin dari didakwa kerana beliau adalah sekutu kamu, bukan keadilan yang dicari, tapi dendam yang menjadi keutamaan.

“Negara hari ini bercelaru, sistem kehakiman digunakan untuk melepaskan mereka yang menjadi sekutu, sistem mahkamah digunakan dan diarah mengikut telunjuk demi memuaskan nafsu politik PH (PPBM, PKR, DAP dan sekutu lain," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Mahathir Mohamad - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Mahathir Mohamad - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Razlan menyifatkan, tindakan Dr Mahathir membuktikan bahawa Ahli Parlimen Langkawi itu tidak berteraskan keadilan sebaliknya berniat hanya mahu menjatuhkan UMNO.

"Hakim-hakim yang dilantik di zaman PH, masih memegang jawatan, (jadi) bagaimana perlu diperbaiki sistem ini? Tiada jalan mudah, kemusnahan yang dicipta bukan boleh diperbaiki dalam waktu terdekat, kebangkitan secara menyeluruh oleh rakyat adalah jawapannya,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa, bekas Peguam Negara, Tan Sri Thommy Thomas terlibat dengan penutupan penglibatan Muhyiddin sebagai penerima dana.

“Tun (Dr) Mahathir sebagai Perdana Menteri, sudah pasti tahu maklumat bahawa Tan Sri Muhyddin merupakan watak yang menerima duit dari UKSB. 

"Thommy Thomas sebagai Peguam Negara sudah pasti tahu bahan kes dan siapa yang terlibat,”katanya. 

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Jumaat lalu diberitahu bekas Menteri Dalam Negeri, iaitu Muhyiddin turut menerima sumbangan dana politik RM1.3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada 2018.

Selain Muhyiddin, lima nama ahli politik disebut ketika perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23 Ogos 2018) berdasarkan buku lejar syarikat itu.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata, kod nama ‘TSM’ dalam lejar ialah Tan Sri Muhyiddin, manakala ‘Team Pagoh’ adalah nama projek.

David juga mengesahkan Khairy menerima dana politik RM3.7 juta daripada UKSB, manakala Reezal Merican menerima dana antara RM200,000 hingga RM300,000 secara sekali daripada syarikat.

Dalam pada itu, SPRM telah mengesahkan akan membuka kertas siasatan terhadap semua penama yang dikatakan telah menerima wang seperti disebut oleh saksi dalam perbicaraan kes rasuah mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

SPRM menerusi kenyataan rasmi juga mengesahkan telah menerima beberapa aduan terhadap semua individu terlibat yang tersenarai dalam satu lejar, seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan.

"Siasatan yang akan dijalankan adalah mengikut bidang kuasa yang diperuntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009," katanya. - Getaran, 19 Jun 2022.










 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 minit yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95