web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Faktor Kemenangan PH Pada PRU 2018, Bukan Saya - Dr Mahathir

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 8:03PM

Dr Mahathir menyatakan bagaimana majoriti rakyat Malaysia ketika itu, mahu Najib keluar daripada pentadbiran. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri pada tahun 2018, mendakwa beliau hanya memainkan peranan kecil dalam menyumbang kepada kemenangan bersejarah gabungan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya, beliau mengaitkan kemenangan yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas buat pertama kali dalam sejarah negara terbabit, disumbangkan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap pada konvensyen nasional parti pro-kerajaan Indonesia, NasDem hari ini, Dr Mahathir menyatakan bagaimana majoriti rakyat Malaysia ketika itu, mahu Najib keluar daripada pentadbiran, sekali gus menjadi faktor penyumbang utama yang menentukan keputusan pilihan raya umum (PRU) memihak kepada PH.

“Saya mengambil maklum pandangan sesetengah pihak yang merasakan sebab PH menang pada 2018 adalah kerana saya bersama mereka, tetapi terdapat banyak faktor lain, terutama seluruh Malaysia merasakan Perdana Menteri pada masa itu tidak layak memegang tampuk kerajaan.

“Dia terlibat dalam mencuri wang secara terbuka dan ini bukan sahaja didedahkan di Malaysia, malah kes terbabit turut disebut di mahkamah Amerika Syarikat (AS).

“Rakyat Malaysia malu dan mereka mahu menukar kerajaan. Saya mungkin hanya menyumbang sedikit kepada kemenangan PH,” dakwanya.

Dr Mahathir berkata demikian selepas ditanya seorang hadirin mengenai peranan dan pengaruhnya dalam menerajui kejayaan PH pada PRU 2018 yang turut digelar ‘kemenangan kerana kesan Mahathir’.

Ia selepas negarawan itu keluar daripada UMNO pada Februari 2016 sebagai protes terhadap rasuah berleluasa dalam kerajaan di bawah pimpinan Najib bagi menubuhkan parti serpihan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebelum bekerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk menjatuhkan BN.

Manakala Najib menghadapi pelbagai pertuduhan rasuah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan berkaitan rasuah membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Beliau memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu.

Sementara itu, Dr Mahathir membetulkan tanggapan salah dalam kalangan orang ramai bahawa beliau adalah doktor sebelum menjadi ahli politik.

Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, beliau sentiasa menjadi ahli politik dahulu.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu menjelaskan bahawa minatnya dalam politik tercetus seawal usia remaja, tetapi mengakui suara individu berusia 17 tahun biasanya tidak akan didengari orang lain yang mendorongnya melanjutkan pelajaran.

“Sekiranya saya mempunyai kelayakan dari universiti, lebih ramai orang akan memberi perhatian kepada saya,” katanya.

Dr Mahathir menambah, sejak kecil, impiannya sentiasa ingin membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani di peringkat global.

“Akhirnya, saya dapat memegang jawatan tertentu dan melaksanakan pelbagai strategi yang saya rasa boleh membantu negara membangun, diiktiraf serta dihormati,” katanya. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 6 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad