web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DAP Jadi Mangsa Persepsi Ketika Terajui MOF

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 3:00PM

Guan Eng turut menafikan dakwaan PH membatalkan banyak projek kerajaan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP telah menjadi mangsa persepsi ketika menerajui Kementerian Kewangan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi parti itu, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, permainan persepsi itu berjaya mencipta satu gambaran palsu yang membolehkan ‘hitam bertukar putih dan putih menjadi hitam’.

“Macam (isu) Tabung Haji, sekarang tidak jadi isu. (Namun sebelum ini) Mereka kata orang bukan Islam kuasai Tabung Haji. Ia memang satu fitnah jahat. Ketua Audit Negara sendiri mengesahkan, yang selamatkan Tabung Haji tidak lain tidak bukan adalah PH.

“Jadi bila kita selamatkan Tabung Haji, kita pula dipersalahkan. Mereka yang menyebabkan Tabung Haji mempunyai banyak masalah kewangan, mereka jadi hero. Saya juga tidak tahu, betul-betul pelik bin ajaib,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Getaran.

Guan Eng turut menafikan dakwaan PH membatalkan banyak projek kerajaan dan menegaskan, semua projek itu diteruskan tetapi dinilai semula supaya ia berpandukan ketelusan dan tiada penyelewengan.

“Projek mana yang kita batalkan? Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kita teruskan dan dijimatkan RM22 bilion. Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura kita tidak batalkan tetapi kaji semula untuk tengok harga,” katanya.

Beliau mendakwa, projek tersebut dibatalkan kerajaan sekarang namun perkara terbabit tidak menjadi isu seperti mana jika dilakukan ketika pentadbiran PH.

Ditanya persepsi yang wujud terhadap Kementerian Kewangan di bawah DAP termasuk dari kalangan kontraktor, Guan Eng berkata, pihaknya hanya mengubah model kepada tender terbuka.

Tambahnya, langkah itu adalah bagi memastikan tidak wujud penyelewengan justeru, beliau tidak faham dakwaan bahawa kontraktor tidak mendapat ‘bisnes’ ketika pentadbiran PH.

“Kalau kita buat secara tender terbuka macam kontraktor Kelas F, hanya kontraktor Kelas F yang dapat tetapi bukan macam dahulu mesti dapat tanda tangan Ketua Bahagian UMNO.

“Sekarang mesti buat tender terbuka supaya semua ada peluang sama rata. Saya rasa, akhirnya kontraktor Kelas F pun dapat tetapi tidak perlu ada kabel politik.

“Hanya berdasarkan kabel sendiri sahaja sama ada mereka kuat, mampu, berkebolehan atau tidak,” katanya.

Menjawab isu pendidikan berkaitan Kementerian Kewangan di bawah terajunya sebelum ini, termasuk peruntukan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan membaik pulih sekolah daif di Sarawak, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, pertambahan sememangnya diberikan kepada sekolah daif berbanding sebelum.

“Peruntukan masih diberikan kepada UTAR namun fokus adalah kepada pelajar.

“Sudah tentu (peruntukan) untuk kolej berkurang jika dibandingkan dahulu, tetapi kita tambah kepada pelajar. Jadi itulah perbezaannya,” katanya.

Jelas Guan Eng, PH tidak pandai menguar-uarkan kejayaan serta kemampuan dimiliki, dan kekurangan itu membuatkan mereka dilihat sebagai tidak pandai menjaga persepsi ketika mentadbir.

“Itu saya rasa kita akui kelemahan kita. Bukan macam parti lawan, bukan sahaja boleh tukar hitam jadi putih, putih jadi hitam tetapi juga boleh mengalihkan perhatian,” katanya.

Beliau turut ditanya dakwaan wujud persepsi dalam kalangan orang Melayu yang dikatakan tidak akan mengundi DAP dan PH pada pilihan raya akan datang, susulan tindakan dilakukan parti tersebut ketika mentadbir selama 22 bulan.

“Kita buat apa? Itu yang saya hendak tanya. Lihatlah keadaan sekarang, kos sara hidup yang begitu menyusahkan.

“Harga barangan naik. Semasa kita jadi kerajaan, mana harga barang naik seteruk ini,” katanya. - Getaran, 16 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Bagi Pastikan Syarikat Minyak Bersedia – MOF

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish