web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penangguhan Kongres PKR: Kita Telus, Tak ‘Takut’ Seperti Parti Lain - Anwar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 12:04PM

Anwar berkata JPP meminta supaya diberikan sedikit ruang tambahan beberapa hari supaya semua aduan dikemukakan susulan Pemilihan PKR 2022 lalu, boleh diteliti. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu berpegang kepada prinsip ketelusan dan integriti dalam melakukan sesuatu keputusan, bukan seperti parti lain yang tidak berani apabila membicarakan mengenai audit forensik.

Menyentuh mengenai penangguhan Kongres PKR, beliau berkata, disebabkan pegangan itu, apabila Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) diketuai Dr Zaliha Mustafa meminta supaya kongres berkenaan tidak diteruskan seperti perancangan awal pada bulan ini, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersetuju.

“Kalau kita bicarakan soal ketelusan, soal integriti kita jangan belajar penipuan daripada lain-lain parti yang tidak berani yang bila sebut audit forensik pun mereka takut dan kita tidak, kalau ada soalan kita teliti.

“Justeru, bila audit forensik memohon supaya mereka diberikan waktu sehingga 19 atau 20 Jun dan terlalu singkat untuk diteruskan kongres (bulan ini), maka sebab itulah MPP yang bersidang minggu lalu, mengusulkan supaya ditangguhkan ke 15 Julai untuk membolehkan notis dua minggu diberikan sesudah pengumuman muktamad oleh JPP,” katanya menerusi video berdurasi 2 minit 42 saat di Facebook hari ini.

Anwar berkata, JPP meminta supaya diberikan sedikit ruang tambahan beberapa hari supaya semua aduan dikemukakan susulan Pemilihan PKR 2022 lalu, diteliti malah mungkin sebahagian daripadanya dikira tidak munasabah.

Jadi, tegasnya, kepimpinan parti harus menyerahkan kepada kebijaksanaan JPP dan kemudian audit teliti dapat dilakukan syarikat audit bebas.

Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pihak terbabit diminta tidak melengahkan pengauditan kerana tugas utama parti berkenaan ketika ini adalah bagi mempersiapkan jentera untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Kita harus serah kepada kebijaksanaan mereka dan kemudian dilakukan audit teliti oleh syarikat audit yang bebas kerana sementara sistem itu dipertahankan, tetapi jika dikesan beberapa pelanggaran peraturan di bawah jadi ini kekuatan kita sebagai parti,” katanya.

Merujuk kepada pemilihan barisan pimpinan baharu PKR, Anwar berkata, beliau melihatnya daripada sudut positif dengan mesej jelas bahawa perlu ada lonjakan baru untuk membawa perubahan lebih baik.

“Tetapi sebagai satu parti gerakan rakyat, mesti ada semangat merangkul semua kekuatan ini, tidak pernah kita berganjak daripada prinsip ini, untuk reformasi itu dapat dilaksanakan dia mesti ada kekuatan, dukungan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan Kongres PKR yang dijadualkan antara 24 Jun hingga 26 Jun ini, ditangguh ke 15 Julai hingga 17 Julai depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat MPP, bertujuan memberi ruang untuk audit forensik menjalankan siasatan.

JPP turut dilaporkan sudah mendapatkan khidmat ‘Pakar Digital’ bagi melaksanakan audit menyeluruh terhadap sistem dibangunkannya, khususnya aplikasi ADIL yang digunakan pada Pemilihan PKR 2022. - Getaran, 16 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad