web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tolak 'Khemah Besar' Pecahkan Undi Pembangkang, Beri Kesan PRU-15

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 3:00PM

Lim Guan Eng - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penolakan terhadap strategi Khemah Besar akan menyebabkan perpecahan undi sesama parti pembangkang, sekali gus memberi kesan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, usaha menjayakan strategi khemah besar adalah bagi menyatukan blok pembangkang untuk melawan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) justeru, beliau tidak faham kenapa wujud sentimen yang menolak strategi berkenaan.

Beliau turut mengkritik sentimen yang menolak strategi Khemah Besar dimainkan oleh segelintir anggota dan pemimpin PKR, serta syarat diletakkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk menyertai khemah besar itu.

Lim Guan Eng - Gambar oleh Alif Omar
Lim Guan Eng - Gambar oleh Alif Omar

"Kalau kita berjalan solo, DAP pun akan hadapi masalah sama. Itu sebab kita cakap kita bergabung kekuatan seberapa yang boleh. Kalau anda tidak mahu, terpulang kepada andalah," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Getaran.

Sentimen menolak strategi Khemah Besar dalam kalangan anggota PKR susulan keputusan pemilihan parti dikatakan wujud baru-baru ini, sekali gus menghantar isyarat jelas bahawa mereka mengharapkan parti itu untuk memperkukuh gabungan sedia ada dalam PH.

Untuk makluman, PH kini dianggotai oleh PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sementara kumpulan pembangkang lain di luar PH antaranya adalah Parti Warisan Sabah (WARISAN), PEJUANG dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga mantan Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim dilaporkan menasihati PKR agar bertanding secara solo sekiranya perlu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Mengulas lanjut Guan Eng berkata, prestasi PKR hakikatnya pada beberapa pilihan raya negeri lalu dilihat teruk walaupun parti tersebut menggunakan logo sendiri dan bersandarkan faktor itu, blok pembangkang perlu menggabungkan kekuatan mereka sebaik mungkin dalam mendepani pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu beliau menegaskan, sekiranya PEJUANG enggan bekerjasama dengan PH selagi ia dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka itu adalah keputusan parti tersebut.

Gambar oleh Azim Abd Rahman
Gambar oleh Azim Abd Rahman

Beliau berkata, PH menghulurkan tangan untuk bekerjasama namun sekiranya tawaran itu ditolak oleh PEJUANG dan WARISAN, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa.

"Seperti PEJUANG cakap dia tidak mahu bekerjasama dengan PH selagi Anwar menjadi Pengerusi, kalau itu sikap anda yang tidak mahu bekerjasama, anda tidak mahu kerjasamalah. Kita pun tidak akan meminta sedekah macam itu. Tidak," tegasnya.

Hakikatnya jelas Guan Eng, Pengerusi PH ketika ini adalah Anwar dan gabungan tersebut rela bekerjasama dengan barisan parti pembangkang kecuali Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Tetapi buat PH, kita rasa apabila kita bersatu, barulah kita lagi kuat. Kalau anda tidak mahu, itu terpulang kepada anda," katanya.

Beliau turut ditanya berhubung persepsi bahawa DAP dilihat lebih rapat dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), sekali gus didakwa seolah-olah cuba menggantikan PKR dengan MUDA dalam PH.

“Tiada pihak yang menggantikan sesiapa dalam PH, tetapi apa yang menjadi fokus adalah untuk menambah bilangan parti pembangkang dalam gabungan tersebut,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad