web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilihan Warisan: Shafie Sedia Dicabar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 8:11PM

Shafie Apdal - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersikap terbuka dan sedia dicabar dalam pemilihan parti pada Perhimpunan Agung Tahunan WARISAN 2022 dijadual Ogos depan.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata parti itu mengamalkan prinsip demokrasi dengan semua pemimpin di setiap peringkat termasuk dirinya boleh dicabar dalam pemilihan parti.

"Sekiranya kepimpinan kita masih diterima, terimalah… tiada apa-apa sekatan atau halangan kepada ahli parti kita yang ada ini (bertanding apa-apa jawatan).

"Malah saya ada cakap kepada timbalan saya (Timbalan Presiden WARISAN Datuk Darell Leiking) jika mahu lawan ketua pun tiada masalah," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi WARISAN di Ibu Pejabat WARISAN di Kolombong di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata parti itu pada mulanya memohon kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menangguhkan persidangan tersebut, namun pada 26 Mei lepas RoS menolak permohonan tersebut justeru persidangan itu akan diadakan pada Ogos depan.

Ditanya adakah barisan kepimpinan WARISAN yang akan dipilih pada Ogos depan dapat melakukan persediaan lengkap untuk parti sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh terdekat selepas itu, Mohd Shafie percaya persediaan parti dapat dilaksanakan dengan baik.

Beliau berkata sebagai sebuah parti politik, WARISAN wajar sentiasa bersedia serta akur terhadap sebarang ketetapan yang berlaku termasuk tarikh PRU15 dan beliau percaya parti itu mempunyai sokongan kuat daripada rakyat di peringkat akar umbi.

"Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kita masih kukuh dan sambutan daripada rakyat dan WARISAN di peringkat akar umbi masih kuat," katanya. - Bernama

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 24 minit yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad