web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Tarikh Tamat MoU Kerajaan Dan PH - Annuar Musa

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 8:19AM

Annuar Musa (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Yakub Khan (dua dari kanan) pada Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital, Industri Kreatif Dan Komunikasi (MEDIKK) malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tiada tarikh tamat bagi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan, kata Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata MoU tersebut menyatakan bahawa kerajaan dan PH bersetuju untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum 31 Julai ini.

"Mou itu tiada tarikh tamat, banyak orang silap faham, itu kena perbetulkan, yang ada tarikh akhir itu tarikh Pilihan Raya (Umum) dipersetujui tidak diadakan sebelum akhir bulan Julai, sebelum 31 Julai.

"Tetapi MoU bersama Ahli-Ahli Parlimen termasuk pembangkang dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tiada tarikh tamat dan ia MoU memberi sokongan kepada Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan, bila dibubarkan itu terpulang kepada Perdana Menteri dan pimpinan untuk menentukan," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau ditemui pada Majlis Makan Malam Selamat Datang Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) Bil 1/2022 yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan.

Pada 13 September tahun lepas, Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan telah memeterai MoU membentuk kerjasama dwipartisan merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Ditanya tentang tarikh yang sesuai untuk pembubaran Parlimen dan PRU15, Annuar berkata ia sewajarnya tidak terlalu lewat sehingga memberi kelebihan kepada pesaing Barisan Nasional dan tidak terlalu awal sehingga gabungan politik itu tidak bersiap sedia dengan secukupnya.

"Ia diadakan sebaik sahaja kita bersedia, sebut bersedia itu pucuk pimpinan kena tentukan, siap siaga itu banyak sudut daripada organisasi, pengolahan data, pendanaan dan keadaan rakyat sendiri.

“Kalau kita buat (PRU15) keadaan rakyat sendiri susah (tetapi) kita dahulukan pilihan raya, kita tidak rasa senang hati, ini semua perlu dinilai dengan terperinci," katanya.

Semalam, Ismail Sabri berkata beliau tidak akan melewatkan walau sesaat pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 sekiranya BN sudah bersedia. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad