web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Zahir Penghargaan Kepada Kepimpinan UMNO, BN Sokong Beliau Sebagai PM

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 5:57PM

Ismail Sabri (enam kanan) berkata amanah yang diberikan bukanlah sesuatu yang mudah dan beliau akan memikulnya bersama dengan pimpinan BN. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana menyokong beliau sebagai Perdana Menteri sejak 21 Ogos tahun lepas.

Naib Presiden UMNO itu berkata amanah yang diberikan bukanlah sesuatu yang mudah dan beliau akan memikulnya bersama dengan pimpinan BN.

“Jatuh bangun dan kalah menang parti kita bergantung atas kebersamaan, bak kata pepatah terapung sama hanyut, terendam sama basah,” katanya ketika berucap di Konvensyen BN bersempena sambutan ulang tahun ke-48 gabungan politik itu di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi Datuk Seri Mohamad Hasan, tiga Naib Pengerusi iaitu Tan Sri S Vigneswaran (Presiden MIC), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Presiden MCA) dan Tan Sri Joseph Kurup (Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah atau PBRS).

Perdana Menteri berkata BN, yang telah melalui sejarah panjang dalam penubuhannya, adalah sebuah parti yang sarat dengan pengalaman perjuangan politik tanah air.

Ismail Sabri berkata sejak itu, BN memenangi setiap Pilihan Raya Umum (PRU) dengan cemerlang kecuali pada PRU14 yang menyaksikan gabungan tersebut tewas buat pertama kali.

“Oleh itu, kita perlu mengangkat semula martabat Barisan Nasional sebagai wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara dan bangsa,” katanya.

Menyentuh agenda Keluarga Malaysia yang digagaskannya, Ahli Parlimen Bera itu menegaskan bahawa ia selari dengan konsep permuafakatan dan perkongsian kuasa BN yang mengandungi kepelbagaian agama, bangsa dan budaya.

“Gandingan BN sebati dengan ‘DNA’ Keluarga Malaysia. Konsep inilah yang menjamin kestabilan parti kita. Marilah kita terus bersama-sama memperkasa Keluarga BN bagi menghadapi PRU15.

“Berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri, jelas rakyat kembali memberi kepercayaan kepada BN. Ini membuktikan kita mampu menawarkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan negara,” katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata walaupun pada penilaian parti rakyat sudah kembali kepada BN namun ahli parti tidak boleh berasa selesa kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk memenangi hati rakyat sekali gus menjamin kejayaan pada PRU15.

Beliau berkata kekalahan pada PRU14 menjadi satu detik hitam yang memberi pengajaran paling bernilai kepada BN.

“Demi memastikan mimpi buruk 22 bulan tidak berulang, kita wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu dalam menghadapi PRU15 yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang bagi mengekalkan rentak kemenangan yang telah kita capai mutakhir ini,” katanya.

Ismail Sabri turut mengucapkan selamat ulang tahun ke-48 kepada BN.

“Kita sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin BN terdahulu yang telah banyak berjasa kepada parti dan negara,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 2 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 5 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad