web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemenangan BN Bergantung Kepada Kerjasama Dengan Parti Lawan - Azalina

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 3:18PM

Azalina berkata BN perlu bersikap terbuka untuk mengambil ‘pendekatan baharu’. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peluang Barisan Nasional (BN) untuk kembali berkuasa di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang tertakluk sepenuhnya kepada kerjasama antara mereka dan parti lain yang berfikiran seakan sama, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Memilih pendekatan berbeza dengan majoriti pemimpin kanan UMNO yang mahukan BN bergerak secara solo, Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, gabungan berkenaan perlu bersikap terbuka untuk mengambil ‘pendekatan baharu’, sama ada bersetuju untuk mengadakan perjanjian pra pilihan raya atau pasca pilihan raya.

Katanya, keputusan tersebut amat mustahak jika parti mahu memperoleh majoriti dua pertiga, yang memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 148 kerusi parlimen.

“Walaupun mereka mungkin dilihat sebagai musuh, jika kita mahu menang 148 kerusi, kita perlu bersedia berunding bersama parti yang berkongsi pendirian sama,” katanya dalam forum khas sempena konvensyen BN hari ini.

“Jika kita mahu menawarkan pembaharuan, kita perlu membuat perubahan undang-undang (menerusi Parlimen) bagi melaksanakan semua dasar.

“Tapi jika kita masuk ke gelanggang PRU dengan pemikiran ‘hanya BN’ dan tidak fleksibel, saya rasa kita tidak akan mampu mentadbir negara seperti sebelum ini,” katanya, berkemungkinan besar merujuk kepada kekalahan terburuk BN di tangan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Bagaimanapun, Azalina yang juga penasihat khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menamakan mana-mana parti yang dilihat perlu bekerjasama dengan BN.

Terdahulu pada forum berkenaan Azalina berkata, BN hanya mampu memenangi antara 90 hingga 100 kerusi jika menyertai pilihan raya dalam keadaan semasa, sekali gus gagal membentuk kerajaan majoriti.

Untuk memperoleh majoriti dua pertiga, beliau berkata, BN memerlukan tambahan 50 kerusi.

Kerjasama antara parti lawan pernah disuarakan beberapa pemimpin politik kebelakangan ini, antaranya melibatkan beberapa pemimpin kanan PKR dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - The Vibes, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan Buruk PRN, UMNO-BN Lakukan Introspeksi Menyeluruh - Asyraf Wajdi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish