web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasca Pemilihan PKR, Fokus Seterusnya Kukuhkan PH Hadapi PRU-15

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 10:12AM

Pemilihan PKR yang melabuhkan tirainya kelmarin menyaksikan mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR, menewaskan pencabarnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha memantapkan kerjasama sesama parti yang bernaung di bawah payung Pakatan Harapan (PH) perlu dilaksanakan segera sebaik pemilihan PKR berakhir, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua pemimpin dalam PH terutamanya ahli-ahli Majlis Presiden perlu merapatkan saf dan menggembleng seluruh tenaga untuk memenangi semula keyakinan rakyat terhadap perjuangan gabungan tersebut.

Anthony Loke Siew Fook
Anthony Loke Siew Fook

“Dengan kerjasama yang erat dan semangat berpasukan yang tinggi serta fokus kepada perjuangan rakyat, PH mampu bangkit semula dalam PRU-15,” katanya. 

Pemilihan PKR yang melabuhkan tirainya kelmarin menyaksikan mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR baharu, menewaskan pencabarnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. 

Jawatan Naib Presiden PKR pula dimenangi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang meraih 52,845 undi, Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang (41,209 undi), Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad (40,506 undi) dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (38,894 undi).

Adam Adli Abd Halim pula memenangi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) selepas meraih 13,650 undi, manakala Muhammad Kamil Abd Munim yang meraih 12,943 undi memenangi jawatan Timbalan Ketua AMK.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail menang jawatan Ketua Wanita PKR dengan 21,962 undi manakala Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli memenangi jawatan Timbalan Ketua Wanita dengan 17,743 undi.

Dalam pada itu, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban turut mengucapkan tahniah kepada barisan tertinggi PKR baharu yang dipilih melalui proses pemilihan parti tersebut selain merakamkan penghargaan kepada Saifuddin Nasution. 

Sepanjang beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dari 2012 sehingga 2022, Anthony menambah, beliau dan Saifuddin Nasution telah menjalin hubungan kerja yang amat rapat dan kukuh.

Kedua-dua mereka jelasnya, sentiasa memainkan peranan di belakang tabir untuk mengurus dan menyelesaikan apa sahaja isu yang timbul dalam hubungan di antara PKR dan DAP. 

“Hubungan kerja yang rapat ini telah membentuk satu persefahaman dan kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.

“Saya berharap beliau akan terus berjuang dan menyumbang tenaga demi keutuhan PH,” katanya. - Getaran, 31 Mei 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar