web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR: Sedikit 'Ketegangan' Di Shah Alam

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 8:12PM

Ahli PKR mencelup jari ke dalam dakwat kekal sebelum melakukan proses pengundian Pemilihan Calon PKR 2022 Cabang Shah Alam ketika tinjauan di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilihan PKR 2022 yang memasuki hari kesembilan hari ini menyaksikan proses pengundian di Selangor iaitu di cabang Hulu Selangor ditangguhkan dan suasana sedikit ‘tegang’ di cabang Shah Alam.

Koordinator Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Selangor Mazli Saring berkata pemilihan di cabang Hulu Selangor terpaksa ditangguhkan berikutan penyediaan peralatan seperti kerusi dan meja tidak diuruskan dengan baik.

“Ia terpaksa ditangguhkan supaya tiada sebarang masalah yang tidak diingini berlaku susulan masalah prasarana. Kami akan berbincang dengan JPP dan pihak berkaitan sebelum memutuskan tarikh baharu bagi pengundian di cabang berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, proses pengundian di cabang Shah Alam pula mengalami sedikit situasi tegang ekoran salah faham perayu undi yang dikatakan berkempen di kawasan larangan untuk berbuat demikian.

Tinjauan Bernama di pusat pengundian di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini mendapati salah faham yang berlaku sekitar 10.25 pagi tadi itu berikutan seorang perayu undi yang memasuki kawasan zon larangan untuk berkempen walaupun ia tidak dibenarkan di zon membuang undi secara fizikal.

Cabang berkenaan melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Rodziah Ismail, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik Dr Yaacob Sapari dan pendatang baharu cabang itu, Wan Amierrul Ikhwan Mohd Naser.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mazli berkata bagaimanapun situasi tersebut berjaya dikawal dan diselesaikan dengan cepat tanpa mengganggu kelancaran proses pengundian.

Katanya pengundian di 21 cabang lain seperti Kuala Langat, Kapar, Klang, Sepang dan Sungai Buloh berjalan dengan lancar dengan anggaran lebih 20,000 ahli PKR keluar mengundi secara fizikal hari ini.

Selain itu, cabang Ampang turut mencuri tumpuan dalam pengundian di Selangor berikutan pertembungan antara dua selebriti tanah air iaitu pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac dan penyanyi rap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet.

Mereka berdua bersaing untuk jawatan Ketua Cabang PKR dan perjalanan proses pengundian di cabang tersebut juga lancar tanpa sebarang provokasi.

Seramai 93,085 ahli PKR telah mengundi dalam Pemilihan PKR 2022 setakat ini, termasuk 76,932 yang mengundi secara dalam talian sejak 18 Mei sehingga semalam.

Pemilihan PKR 2022 yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayap akan menutup tirai esok bagi peringkat negeri dengan pengundian fizikal di Perak, Sabah dan Sarawak. - Bernama

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad