web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR Cabang Hulu Selangor Dibatalkan, Tiada Persediaan Dibuat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 3:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 Cabang Hulu Selangor yang sepatutnya berlangsung di Golf & Resort Bukit Beruntung, Hulu Selangor hari ini, dibatalkan.

Pembatalan itu dimaklumkan Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow menerusi hantaran di media sosialnya.

Beliau berkata, bagaimanapun tarikh pemilihan itu akan ditentukan kemudian oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

“Adalah dimaklumkan bahawa pengundian Cabang Hulu Selangor pada hari ini ditangguh ke satu tarikh yang akan dimaklumkan semula oleh JPP kelak,” katanya.

Leow berkata, sehingga kini JPP masih gagal mengeluarkan notis rasmi berhubung pembatalan dan penangguhan pemilihan fizikal bagi kawasan itu.

“Saya selaku calon, bersama pasukan saya ambil inisiatif sendiri untuk membuat hebahan kepada anggota parti mengenai pengumuman ini.

“JPP melalui Koordinator Negeri Selangor datang dan mengumumkan penangguhan di Pusat Pengundian Golf Club Bukit Beruntung tengah hari tadi,” katanya.

Meskipun beliau tidak memberikan maklumat terperinci berhubung punca di sebalik pembatalan terbabit, difahamkan perkara itu disebabkan persediaan untuk menghadapi proses berkenaan tidak dilakukan di situ. – Getaran, 21 Mei 2022
 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad