Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Debat Anwar- Najib, Siapa Menang? Penonton Berbeza Pandangan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 2:21PM

Debat Perdana antara Najib dan Anwar mendapat reaksi berbeza daripada penonton mengenai siapa yang menjuarainya. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tatkala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhujah mengenai dasar ekonomi dalam Debat Perdana yang disiarkan di televisyen malam tadi, penggubal undang-undang dan penonton yang hadir mempunyai pandangan berbeza mengenai siapa yang menang.

Bagi peguam yang berasal dari Pulau Pinang, Yusmadi, 48, Anwar kelihatan lebih dekat dengan masalah yang dialami oleh rakyat manakala Najib pula menonjolkan imej elitis dan mesra korporat.

Beliau menambah, Anwar kelihatan lebih tegas dan dengan berbuat demikian beliau dapat mengenalpasti masalah penting yang menimpa rakyat.

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

''Najib pula dari perspektif yang sangat pro-korporat, manakala Anwar termasuk yang kalangan terpinggir, mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang sepatutnya diberi keutamaan dalam segi bantuan yang diperlukan.

''Dalam hal ini, saya fikir Anwar berjaya memberikan keutamaan yang tepat, kerana pada ketika ini kita bercakap mengenai golongan yang lemah dan bukan elit,” katanya kepada The Vibes malam tadi.

Beliau juga berkata, Najib kelihatan terlalu idealistik dengan cadangannya mengenai langkah untuk meningkatkan taraf hidup kebanyakan rakyat Malaysia.

“Perbezaan antara Anwar dan Najib ialah Najib bercakap tentang membantu tanpa akauntabiliti, manakala Anwar bercakap tentang integriti, etika dan tadbir urus. Bagi Najib, membantu tanpa tadbir urus dengan etika dan integriti."

Sementara Navin, 28, yang berasal dari Johor dan juga seorang peguam melihat debat itu dari sudut berbeza dan menyatakan bahawa Najib menawarkan penyelesaian untuk memperbaiki ekonomi.

''Najib mempunyai idea yang lebih baik dalam penstukturan ekonomi yang pantas dengan politik yang stabil, sementara Anwar pula, saya tidak dapat menyatakan dari mana datangnya pemikiran ekonomi Anwar.

Najib Razak - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Najib Razak - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Bagaimanapun Navin bersetuju bahawa debat seumpama itu sepatutnya menjadi norma baharu dalam politik tempatan, dengan memberi peluang kepada ahli politik untuk menangani perkara yang berkaitan dengan orang ramai dengan cara yang mudah diakses.

''Ia merupakan permulaan yang baik kepada politik Malaysia dan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Datuk Seri Najib Razak kerana tampil bercakap mengenai topik dan mewakili dua pihak yang berbeza,'' katanya.

Usahawan Shanisha, 25, pula berpandangan Anwar menyentuh mengenai  pelbagai isu, termasuk hidupan liar dan 'artificial intelligence' manakala Najib berpegang kepada beberapa topik semasa.

Sebahagian penonton yang hadir pada Debat Perdana malam tadi. - Gambar oleh Alif Omar
Sebahagian penonton yang hadir pada Debat Perdana malam tadi. - Gambar oleh Alif Omar

Kira-kira 400 orang hadir di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bagi mengikuti debat antara Anwar dan Najib termasuk Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, anggota parti, ahli akademik, wartawan dan orang ramai.

Menariknya, laungan 'reformasi' kedengaran di dalam dewan ketika ketibaan Najib dan Anwar. Keadaan agak tegang hingga pengacara terpaksa mengingatkan orang ramai bahawa agenda hari itu adalah untuk senyap, dan melarang laungan, sorakan serta tepukan.

Selama 90 minit debat itu, Anwar pada sebahagian masa menekankan punca dan keperluan untuk ketelusan serta lebih akauntabiliti sementara Najib cuba membentangkan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara.

Dan walaupun syarikat minyak dan gas yang bermasalah, Sapura Energy menjadi tumpuan utama dalam segmen pertama debat, namun kebanyakan debat adalah mengenai pemulihan pasca COVID-19 negara, tadbir urus yang baik dan pembangunan negara.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen PKR Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah berkata, jawapan Anwar lebih meyakinkan manakala jawapan Najib pula berulang-ulang dan tidak koheren.

"Najib hanya cuba membenarkan jawapan, selepas itu percanggahan dan ketidakkonsistenannya semakin menjadi jelas," katanya kepada The Vibes.

Ahli Parlimen itu bagaimanapun berkata, debat seperti itu yang menyentuh mengenai topik kepentingan awam adalah budaya yang harus digalakkan.

''Debat seperti ini adalah amalan yang baik,'' katanya.

Bagi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kedua-dua pembahas berkongsi idea yang sama untuk menggerakkan Malaysia, hanya berbeza pandangan dari segi langkah untuk melaksanakan cadangan.

''Saya melihat ia sebagai sebahagian daripada proses mematangkan politik dan forum intelektual seperti ini sepatutnya diadakan lebih kerap.

''Namun saya fikir jika gabungan idea mereka boleh diterima dalam bentuk pelaksanaannya sebagai dasar negara, saya rasa persoalan mengenai topik remeh yang menghantui pemikiran rakyat akhir-akhir ini, tidak akan menjadi isu pada masa hadapan,'' katanya tanpa mengulas lanjut.

Bagi Tan Sri Noh Omar pula, Najib membentangkan hujah berdasarkan langkah-langkah untuk memperbaiki nasib rakyat, dan Anwar mengupas isu-isu yang pernah diketengahkannya berkali-kali sebelum ini, seperti membasmi rasuah dan menegakkan integriti.

''Sebagai contoh, apabila membahaskan isu mengenai Sapura Energy, Najib mencadangkan agar PETRONAS menyelamatkannya, manakala Anwar pula menyentuh mengenai tindakan yang perlu diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab.

''Jika syarikat itu dah jatuh, apa tindakan yang boleh diambil?.''

Dalam pada itu, penganalisis politik berkata, debat berkenaan tidak menghasilkan 'pemenang yang sebenar' sebaliknya ia telah menetapkan hala tuju politik pada pilihan raya umum akan datang.

Debat tersebut diadakan selepas beberapa minggu isu itu dibangkitkan menerusi dalam talian. Pada mulanya ia antara Najib dan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkisar tentang perjuangan dan masalah kewangan Sapura Energy.

Rafizi kemudiannya mencetuskan cabaran untuk berdebat secara terbuka dan Najib kemudiannya bersetuju, namun dengan syarat debat itu diadakan dengan Anwar. - The Vibes, 13 Mei 2022

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa 6 jam yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

Semasa 15 jam yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri