web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Lega, Seminggu Tak Tidur Nyenyak Untuk Berdebat - Najib

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 11:57PM

Najib bercakap kepada penyokongnya selepas Debat Perdana Anwar-Najib di Dewan Tun Hussein Onn WTC KL. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Ahhh… lega rasanya, dah seminggu tak tidur jenero (nyenyak) untuk debat ini,” kata mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika memulakan ucapan di hadapan penyokongnya di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.

Kehadiran Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu, disambut dengan laungan ‘Hidup Bossku’ oleh lebih 300 penonton Debat Perdana antara beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Menurut Najib, beliau sudah melakukan yang terbaik dalam debat tersebut dan menganggapnya sebagai kemenangan buat UMNO.

“Saya dah cuba buat yang terbaik kerana membawa obor UMNO. Kita berdiri di landasan betul, idea kita lebih bernas daripada pihak satu lagi.

“Kita ada falsafah yang tepat untuk rakyat,” katanya kepada hadirin.

Turut hadir adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Najib dalam ucapannya turut menyindir Anwar berhubung kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ketika debat berlangsung yang kerap menyebut mengenai ‘forensic audit’ (audit forensik).

“Nak buat ‘forensic’ (forensik) buatlah, jangan sikit-sikit ‘forensic’, tak ada idea langsung, sampai bila nak buat ‘forensic’.

“Dia dah jadi jaguh ‘forensic’ tapi kita jaguh rakyat,” katanya sambil disambut gelak tawa penyokongnya.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika berucap menyifatkan Najib adalah ‘champion’ (juara) dalam debat yang mengemukakan dua figura penting politik tanah air terbabit.

“Saya kenal kedua-dua mereka ini (Najib dan Anwar) tapi malam ini memang ‘bossku’ champion.

“Debat tadi ada empat segmen tapi setiap segmen dikuasi oleh ‘bossku’.

“Apa yang penting bukan retorik sebaliknya fakta, tapi memang fakta tak boleh lawan ‘bossku’,” katanya.

Debat selama lebih satu jam itu disiarkan secara langsung, sama ada melalui saluran media utama, termasuk media sosial atau hadir ke lokasi bermula jam 9 malam.

Acara itu dinantikan rakyat memandangkan kedua-dua pemimpin terbabit adalah figura politik yang disifatkan memiliki karisma, ketokohan dan pengikut tersendiri. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad