Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Anwar Dominasi Carta Pemimpin, Paling Disukai Sebagai Perdana Menteri

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 9:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan selama dua minggu bermula 26 Februari hingga 12 Mac lalu ketika negara berdepan COVID-19, melakar pelbagai sejarah ‘suka duka’ dan kontroversi tersendiri, termasuk dalam kalangan calon.

Satu demi satu kejutan melatari pemilihan negeri berkenaan yang turut disifatkan pertembungan paling sengit dalam sejarah Johor, apabila seramai 239 calon bertanding di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

PRN Johor juga mencipta pelbagai kejutan, antaranya kekalahan calon kegemaran dan kemenangan calon ‘underdog’ yang tidak pernah diramalkan berhasil meraih undi tertinggi.

Namun di sebalik kisah PRN Johor, sebuah syarikat penyelidikan dan rekacipta, Endeavour dan Pusat Penyelidikan MGC, menjalankan soal selidik bertajuk Tinjauan PRN Johor yang memfokuskan kepada demografi responden terdiri daripada rakyat negeri berkenaan mengenai pemimpin pilihan, kaum, umur dan pendapatan isi rumah mereka.

Secara terperinci, demografi kaum itu menyaksikan sejumlah 55 peratus Melayu, manakala Cina (37 peratus), India (7 peratus) dan lain-lain (1 peratus).

Kumpulan umur individu dipilih sebagai responden pula merangkumi kurang 20 tahun, iaitu sebanyak tujuh peratus, 20-39 tahun (43 peratus), 40-49 tahun (33 peratus) dan lebih 59 tahun (17 peratus).

Bagi pendapatan isi rumah, seramai 45 peratus daripada responden berkenaan memperoleh kurang RM4,850 atau dikategorikan B40, seramai 40 peratus memperoleh RM4,850 - RM10,959 (M40) dan seramai 15 peratus memperoleh lebih RM10,959 (T20).

Data diperoleh menerusi tinjauan mencakupi 1,068 responden di negeri itu yang dijalankan secara fizikal pada 9 hingga 21 Februari lalu mendedahkan, secara keseluruhan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin paling disukai ketika ini untuk memegang jawatan Perdana Menteri, apabila dipilih 21 peratus responden.

Ia memperlihatkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menduduki tempat kedua dengan 18 peratus, disusuli Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (17 peratus); Pengerusi Pakatan Harapan (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (14 peratus); Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (13 peratus) dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hanya memperoleh empat peratus.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kanan Kesihatan, Khairy Jamaluddin, masing-masing cuma memperoleh tiga peratus; manakala Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua peratus), mengenepikan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan masing-masing satu peratus.

Berdasarkan pandangan penulis, alasan di sebalik mengapa Anwar boleh mengungguli carta tersebut adalah mungkin beliau memiliki ketokohan tinggi, justeru responden mahu melihat adakah Ahli Parlimen Port Dickson itu mempunyai kemampuan menerajui kepimpinan melangkaui sebuah parti, sebagai Perdana Menteri.

Kesepakatan pemimpin dalam kalangan parti blok pembangkang yang kukuh dan menghormati Anwar sehingga beliau kekal menonjol sebagai ketua gabungan PH, mungkin meyakinkan rakyat.

Ditambah situasi apabila parti kerajaan, seperti UMNO seolah-olah tidak mempunyai kesepakatan dengan parti lain, termasuk menghentikan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS, selain masa depan Muafakat Nasional (MN) masih tergantung, memberi kredit kepada Anwar sebagai pemimpin parti pembangkang utama negara.

Saingan sengit diterima Anwar daripada Najib mungkin disebabkan slogan ‘bossku’ dibawa Ahli Parlimen Pekan itu yang banyak memainkan peranan untuk menarik pengundi, khususnya dalam kalangan orang muda dan Undi18.

Walaupun digelar sebagai pemimpin kluster mahkamah, beliau semakin popular kerana dianggap mesra rakyat, termasuk ramai masih ingat pelbagai inisiatif diperkenalkan ketika era pentadbirannya sebagai Perdana Menteri, seperti  bantuan kewangan yang masih diteruskan kerajaan walaupun sudah beberapa kali tampuk pemerintahan bertukar tangan.

Hishammuddin pula walaupun bukan lagi dalam kepimpinan tertinggi UMNO, berdasarkan status dan nama dibawa sebagai anak Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn serta cucu kepada pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar, selain tidak berdepan terlalu banyak kontroversi dan agak bersih dalam politik, membuatkan beliau turut disenangi rakyat.

Dengan 14 peratus diterima menerusi tinjauan itu, Muhyiddin pula kelihatannya seperti masih mempunyai tempat, mungkin disebabkan beliau mampu mengendalikan COVID-19 dan masalah berbangkit ekoran pandemik terbabit pada peringkat awal dengan baik, meskipun pertama kali negara serta dunia berdepan krisis kesihatan berkenaan.

Ismail Sabri pula meskipun masih bergelar Perdana Menteri dan nampak disenangi kebanyakan rakyat, majoriti responden melihat ada ramai pemimpin lebih layak kerana beliau mungkin dianggap sebagai pemimpin ‘lebih junior’ untuk mengemudi negara  dengan baik.

Menyaksikan Syed Saddiq turut dinamakan sebagai calon cadangan Perdana Menteri, memang agak mengejutkan memandangkan sosok itu dilihat kurang berpengalaman dan terlalu muda untuk memegang jawatan nombor satu kerajaan.

Hakikatnya, tinjauan itu menyaksikan aura Dr Mahathir dilihat semakin ‘sejuk’ apabila hanya tiga peratus responden mencadangkan namanya, berkemungkinan kerana beliau dilihat sebagai punca kejatuhan kerajaan PH dan sering mencetuskan kontroversi.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan sama dalam kalangan 590 responden Melayu, Muhyiddin menerima peratusan tertinggi sebagai pemimpin paling layak menduduki kerusi Perdana Menteri dengan 21 peratus, disusuli Hishammuddin (19 peratus), Najib (18 peratus), Ismail Sabri (15 peratus) dan hanya sembilan peratus merasakan Anwar paling sesuai.

Sedikit mengejutkan apabila Ahmad Zahid tidak menerima sebarang peratusan daripada responden kaum itu untuk menjawat kedudukan terbabit, biarpun beliau memimpin parti Melayu terbesar negara.

Walaupun Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Shafie Apdal memiliki populariti, pengalaman meluas dan pengikut tersendiri dalam pentas politik negara, responden Melayu mungkin melihat beliau hanya layak sebagai ‘pemimpin negeri’ apabila tidak menerima sebarang peratus undian.

Meninjau hasil tinjauan berhubung siapa paling layak menjadi Perdana Menteri dalam kalangan 390 responden Cina, majoriti menamakan Anwar yang memperoleh 38 peratus, sekali gus jauh meninggalkan individu kedua dianggap paling sesuai, iaitu Najib dengan 17 peratus.

Ahmad Zahid dan Abdul Hadi pula tidak menerima sebarang peratus undi daripada responden Cina.

Seperti dijangka, bagi kelompok berpendapatan rendah atau B40 yang membabitkan seramai 482 responden, kebanyakan mereka atau 22 peratus memilih Najib Razak kerana mungkin dianggap sebagai ‘hero’ yang sering memperjuangkan nasib golongan berkenaan, termasuk menggesa kerajaan meluluskan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika mereka berada dalam situasi ‘nyawa-nyawa ikan’ kesan pandemik COVID-19.

Manakala, Hishamuddin memperoleh 18 peratus, diikuti Muhyiddin dan Ismail Sabri, masing-masing 15 peratus serta Anwar (14 peratus).

Statistik peratusan undi diperoleh daripada responden dalam kalangan M40 yang membabitkan 431 responden, cukup berbeza apabila paling ramai individu kumpulan itu atau 25 peratus memilih Anwar sebagai paling layak bergelar Perdana Menteri.

Dalam kalangan 540 responden yang membabitkan orang muda berusia 18-39 tahun, sejumlah 20 peratus memilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri terbaik.

Berbeza dengan pilihan dibuat 528 responden berumur lebih 40 tahun yang menganggap Najib lebih ke hadapan untuk menjadi Perdana Menteri, iaitu 22 peratus, berbanding Anwar.

Keadaan itu mungkin kerana usia mereka yang lebih matang ketika berada dalam pentadbiran Najib yang memerintah negara selama sembilan tahun dan masih segar mengingati corak serta dasar kepimpinannya.

Anwar pula mungkin masih tidak menjadi pilihan golongan itu atas faktor pemerintahan PH yang hanya mampu bertahan 22 bulan dengan beberapa rekod kurang disukai, selain kewibawaannya masih belum terbukti sebagai Perdana Menteri. - Getaran, 24 April 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 minggu yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

2

Karier 1 bulan yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Ujian Sebenar Pemimpin Adalah Ketika Dia Berkuasa - PM

4

Politik 8 bulan yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 1 hari yang lalu

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Semasa 6 jam yang lalu

PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon