web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persoal Teguran Hasni, Mohd Puad Dikecam Netizen

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 4:25PM

Puad Zarkashi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dilihat tidak berpuas hati menerima teguran pedas daripada mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Mohd Puad menerusi Facebook miliknya seolah-olah cuba menegakkan benang basah apabila menuntut bukti, selepas didakwa menghina DUN Johor.

“Saya mengingatkan (ahli dewan) kepada titah nasihat Tuanku Sultan Ibrahim ketika pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14.

“Tuanku bertitah, jangan cemarkan dewan ini dengan perangai buruk, ini adalah dewan mulia bukan dewan sangkar beruk,” katanya hari ini.

Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, kenyataannya itu merupakan teguran murni dan bukan satu penghinaan (derogatory).

Jelasnya, Hasni seharusnya menyemak terlebih dahulu hansard Dewan Johor sebelum membuat kenyataan umum di media sosial.

“Saya hanya menambah, kita memikul tanggungjawab sebagai pembina utama sendi sendi bernegara dan berbangsa. Peliharalah nama baik Bangsa Johor.”

“Apakah itu menghina? Kenapa Hasni mesti memetik daripada portal lain sedangkan dia ada dalam Dewan. Apakah dia tidur dalam Dewan? Hasni boleh semak hansard Dewan sebelum buat komen. Sebenarnya lena dalam Dewan adalah menghina Dewan,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Mohd Puad menerima kecaman dan kritikan daripada netizen kerana disifatkan cuba memperbesarkan isu teguran yang dilakukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) tersebut.

Majoriti warga maya berpandangan, Mohd Puad perlu bersikap matang dan berjiwa besar untuk menerima teguran daripada pemimpin lain, khususnya daripada parti sendiri.

“Sebagai pemimpin lama, sepatutnya YB (Yang Berhormat) kena berjiwa besar dan memikirkan kesan atas setiap tulisan dan kata-kata ke atas parti. Letakkan agenda rakyat dan negara sebagai keutamaan. Isu remeh begini tak perlu sampai tulis di sosial media,” luah Muhammad Radzllh.

“Perkara kecil macam ini pun nak post ke. Baru sahaja UMNO, BN naik mula sudah berperang. Sepatutnya settle tepi sahaja tapi tak, bersikap macam budak-budak,” kata Amri Zahrin.

“Datuk, perlu ke semua benda nak post dalam FB dan media sosial. Hal sesama sendiri pun nak diviral dan disensasikan. Group WhatsApp YB UMNO Johor tiada ke,” kata pula Ramlan Isa.

“Baru dapat jawatan dah nak berperang. Sepatutnya sebagai Tuan Speaker Dewan Negeri, benda ini dibawa bincang atas meja, bukan berperangai macam budak-budak, nampak sangat tak matang dalam berpolitik,” tegas Rohaina Juliana di Facebook.

Terdahulu, Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor menegaskan tidak wajar Mohd Puad sebagai Speaker DUN menyamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan beruk walau sekadar teguran.

Beliau berkata, ADUN Rengit itu seharusnya lebih terbuka dan mengamalkan politik matang selepas dilantik menjadi Speaker DUN Johor.

Menurut beliau, sebagai Speaker Dewan Negeri Johor, Mohd Puad tidak seharusnya berkata demikian, meskipun hanya sebagai peringatan.

Hasni berpandangan seharusnya Mohd Puad mengamalkan dasar yang lebih baik agar mampu mengembalikan kemuliaan dan kepercayaan rakyat kepada politik.

Beliau yang juga ADUN Benut berkata, setiap pemimpin di negeri ini perlu mempunyai prinsip agar politik menjadi ruang yang kembali dihormati dan dipercayai setiap pihak, khususnya masyarakat. - Getaran, 23 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

4

Politik 2 tahun yang lalu

‘Sanusi Sibuk Berbohong, Macam Mana Pelabur Nak Datang?’ - Puad

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 22 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan