web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terima Kasih Mat Sabu, Sahkan PAS Tiada Hubungan Dengan PH

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 1:25PM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS menyangkal dakwaan kononnya parti itu akan menjalankan kerjasama politik dengan pembangkang, khususnya Pakatan Harapan (PH) menerusi pendekatan 'khemah besar' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, PAS konsisten dengan pendirian mendukung dan memperkuatkan kerajaan Persekutuan yang diterajui bersama Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), PBS dan STAR. 

"PAS mengucapkan terima kasih di atas kenyataan Presiden AMANAH yang mengesahkan bahawa PAS tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pembangkang. 

"Perkara itu membuktikan PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan pembangkang, khususnya Pakatan Harapan (PH) dalam pendekatan ‘khemah besar’ bagi menghadapi PRU-15," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohamad Sabu - Gambar fail
Mohamad Sabu - Gambar fail

Terdahulu, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menegaskan, pendekatan khemah besar tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan kerajaan sama ada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau Pas. 

Beliau berkata, khemah besar yang dimaksudkan mencakupi aspek penyatuan dan kerjasama blok pembangkang bagi menghadapi PRU-15. 

Mohamad yang juga mantan Menteri Pertahanan menegaskan, tidak wajar menyamakan kumpulan yang melompat dengan tidak melompat.

Menurut beliau, tidak wajar menganggap PKR sebagai pengkhianat hanya kerana timbalan presiden dan belasan ahli Parlimen mereka melompat ke parti lain.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, PAS amat yakin pendekatan penyatuan ummah boleh dicapai melalui kolaborasi parti utama di negara ini yang berteraskan konsep perpaduan Melayu-Islam dan bumiputera.

Formula berkenaan jelas Ahli Parlimen Kota Bharu itu, merupakan kaedah yang paling berkesan serta akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. 

"PAS juga melalui pendekatan politik matang dan sejahtera sentiasa komited, malah sedia berbincang atau bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perpaduan serta keharmonian dalam menghadapi PRU15.

"Apa yang penting dalam era pasca pandemik ini adalah kepentingan rakyat dan negara diutamakan," katanya. - Getaran, 19 April 2022.

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad