web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Mengenai MoU Kerajaan-Pembangkang Perlu Perbincangan Rasmi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 10:25AM

Anthony Loke - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan dan isu berkenaan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir 31 Julai ini perlu dibincangkan secara rasmi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan pimpinan tertinggi PH, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Menerusi catatan di Facebook beliau, Loke berkata keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk tidak meneruskan MoU berkenaan selepas tarikh berkenaan adalah urusan antara Perdana Menteri dengan partinya.

"Perlu ditegaskan bahawa MoU tersebut adalah persefahaman antara PH dengan kerajaan Persekutuan dan bukannya dengan pucuk pimpinan UMNO. Justeru, pihak kami tidak terikat dengan apa-apa keputusan Majlis Tertinggi UMNO.

"Terdapat juga percanggahan pendapat dalam kalangan parti di blok kerajaan berkenaan garis masa MoU tersebut seperti dilaporkan oleh pihak media," menurut catatan itu.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan ketika ditanya mengenai kedudukan MoU antara kerajaan Persekutuan dan PH berkata Majlis Tertinggi UMNO memutuskan ia tidak akan diteruskan lagi selepas 31 Julai ini.

MoU ditandatangani pada September lepas oleh Ismail Sabri dan pemimpin-pemimpin parti dalam gabungan PH sepakat bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai ini.

Mengulas lanjut Loke berkata bagi PH, isu paling penting adalah pelaksanaan semua komitmen kerajaan yang termaktub dalam MoU terutamanya penggubalan Akta Anti Lompat Parti sebelum Parlimen dibubarkan.

Sementara itu, Loke berkata dalam Pemukiman DAP Pusat baru-baru ini, pucuk pimpinan parti telah mengarahkan supaya seluruh jentera pilihan raya parti itu bersiap siaga sepenuhnya menjelang Ogos ini.

"Dalam apa keadaan sekali pun, saya yakin bahawa DAP dan PH bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembubaran Parlimen pada awal bulan Ogos akan datang," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar