Berita Terkini

8 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 8 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 8 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 8 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 8 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


Vinod Sekhar: Golongan Elit Liberal Mesti Sedar Akan Perubahan Realiti

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 6:32PM

Datuk Dr Vinod Sekhar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai elit liberal di negara ini harus menyedari bagaimana dunia ini berfungsi jika mereka ingin menyaksikan perubahan diinginkan berlaku, kata usahawan dan dermawan, Datuk Dr Vinod Sekhar.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petra itu berkata, golongan elit tidak seharusnya mengharapkan perubahan dalam sistem pemerintahan untuk berlaku segera tanpa mempertimbangkan kesejahteraan orang lain, terutama mereka yang kurang bernasib baik.

“Kita mahukan perubahan, tapi kita tidak boleh mengubahnya begitu sahaja, jika kita mahu mengubah sistem yang menjadi tempat bergantung banyak pihak.

“Dan tidak, saya tidak bercakap mengenai golongan kaya. Saya maksudkan pekerja bawahan, saya bercakap mengenai ahli perniagaan kecil yang beroperasi dengan cara tertentu,” katanya.

Vinod berkata demikian dalam temu ramah podcast OJ Chitchats dihoskan oleh Oon Yeoh dan Datuk Jake Abdullah baru-baru ini.

Beliau ditanya mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersempena ulang tahun pertama “Langkah Sheraton”.

Vinod menambah, kejatuhan kerajaan PH disebabkan oleh beberapa faktor, seperti Kementerian Kewangan ditadbir oleh menteri pada masa itu, Lim Guan Eng, perebutan kuasa antara Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga isu yang dihadapi oleh golongan Melayu negara ini.

Oon berkata, mereka yang “pro-demokrasi” gembira dengan perubahan yang berlaku semasa dua tahun pemerintahan PH, kerana perubahan ke atas polisi ekonomi.

Bagaimanapun, Vinod berkata, golongan ini tidak mengendahkan mereka yang paling terkesan dengan perubahan mendadak itu.

“Ya, bagus (yang mereka gembira) tetapi mereka harus memastikan semua orang ada pekerjaan.

“Kita kena mengubah sistem dengan perlahan-lahan supaya semua orang bersedia,” kata Vinod, penyokong good capitalism iaitu dasar yang menyaksikan syarikat korporat memastikan penerima manfaat utama adalah masyarakat.

Beliau mendedahkan, pemimpin kerajaan PH terlalu idealistik dalam melakukan perubahan mengikut cara mereka.

“Kita mesti faham, dari segi ekonomi, kita hidup dalam cara tertentu buat satu jangka masa yang lama. Kehendak mereka yang mahu mengubah segalanya secara tergesa-gesa dalam masa pendek susah diterima,” jelasnya.

Oon berkata, beliau antara yang menyambut baik perubahan yang berlaku,  tapi Vinod membalas, Oon “tidak terkesan secara negatif dengan perubahan itu”.

“Saya ada kawan bangsa Cina yang marah kerana sistem sedia ada pada masa itu tidak perlu ditukar.

“Katakan Jake adalah seorang Melayu, dia dapat satu kontrak, dan ia diberikan kepada kamu Oon. Dia berkongsi kontrak itu dengan kamu, semua orang boleh bekerja dan semua orang gembira.

“Tapi secara tiba-tiba saya tarik balik kontrak kepada Jake. Semua orang akan rugi, dan segala-galanya akan terhenti,” tegasnya.

Vinod juga bersetuju dengan Oon bahawa PH tidak berusaha dengan gigih ataupun pantas dalam menangani isu kemanusiaan, tetapi memilih untuk fokus kepada isu ekonomi.

Undi yang banyak diperlukan untuk PH

Dalam temu ramah itu, Vinod juga berkata, walaupun golongan elit liberal mahukan perubahan, golongan miskin dalam negara ini tidak peduli akan isu besar seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan projek bernilai jutaan ringgit.

Beliau menambah, perubahan besar seperti kemenangan bersejarah PH dalam pilihan raya umum pada 2018 boleh berulang.

“Untuk perkara itu berlaku, rakyat harus diajak mengundi dalam jumlah yang ramai seperti pada tahun 2018. Perubahan yang berlaku pada tahun itu ialah kerana rakyat beramai-ramai turun padang untuk mengundi.

“Ahli politik perlu tahu bahawa kita mempunyai kewarganegaraan yang waspada, penuh perhatian dan aktif yang akan berdiri dan melindungi hak mereka dan akan memilih.”

Vinod juga berharap komuniti bukan Melayu akan melihat kepentingan memartabatkan orang Melayu.

“Saya mahu golongan Cina, India dan bukan Melayu melihat realiti jika kita tidak membantu majoriti Melayu menjadi lebih yakin, kita mensabotaj diri sendiri.

“Apa yang menimbulkan rasa hilang harapan? Ketakutan dan kejahilan. Kalau kita hapuskan ketakutan dan kejahilan itu, harapan itu akan bercambah,” kata Vinod.

Beliau menambah yang negara ini mesti fokus kepada usaha menghapuskan ketakutan dan kejahilan kerana ia akan menghalang kemajuan kaum Melayu, India, Cina dan Malaysia timur. - Getaran, 19 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

‘Virus’ Kata-Mengata Kerajaan PH Masih Wujud, Belum Ditemui Vaksinnya

2

Politik 4 bulan yang lalu

UMNO Tidak ‘Pelahap’ Untuk Bersama DAP, ‘Kalau Bukan Kerana…’

3

Politik 4 bulan yang lalu

Kerajaan Perpaduan Sabah Bawa Keadilan, Seiring Peringkat Persekutuan - Penganalisis

4

Politik 4 bulan yang lalu

2023 Tahun Penting Kepada Parti Politik Untuk Menguji Kekuatan Ketika PRN

Sorotan

1

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwaan Sanusi Langgar Perlembagaan Persekutuan, Gugat Perpaduan Negara – Guan Eng

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Pembinaan LRT Pulau Pinang Dijangka Bermula Lebih Awal

Semasa 19 jam yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

Semasa 10 jam yang lalu

Kematian Kee Kok Thiam Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis Selangor