web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Setuju Syarat Najib Untuk Debat Bersama Rafizi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 1:17PM

Anwar memberi serangkap pantun kepada Najib bagi menyahut cabaran tersebut. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan syarat mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu beliau hadir bersama Rafizi Ramli untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu SAPURA.

Katanya, beliau pernah mencabar Ahli Parlimen Pekan itu untuk berdebat kira-kira lebih 10 tahun lalu, tetapi tidak disahut.

“Saya bersedia untuk berdepan dan berdebat demi negara serta rakyat pada bila-bila masa dengan Najib.

“Sikap saya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu di mana saya pernah melontarkan cabaran serupa kepada beliau tapi tidak bersahut,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memberi serangkap pantun kepada Najib bagi menyahut cabaran tersebut.

 

Kenyataan Media 4 April 2022 Saya ambil maklum lontaran cabaran debat dari mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib...

Posted by Anwar Ibrahim on Sunday, April 3, 2022

“Beliau kini memilih mencabar saya di awal Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan Rafizi mengenai kemelut ‘bail-out’ SAPURA dalam keadaan rakyat miskin dan peniaga kecil yang tidak terbela.

“Memetik pantun pendekar Melayu. Tuan Puteri pergi ke Lukut, Bawa pulang kacang panjang, Sedikit pun hamba tak takut, Kalau berani turun gelanggang,” katanya.

Terdahulu, Najib dan Rafizi sering berbalas serangan di media sosial berhubung isu syarikat SAPURA.

Kelmarin, media tempatan melaporkan Rafizi bersedia berdebat secara terbuka dengan Pengerusi Penasihat Ahli Lembaga Barisan Nasional (BN) itu, namun beliau yakin Najib tidak akan bersetuju.

Bagaimanapun semalam, Najib menyahut cabaran Rafizi tetapi dengan syarat mantan Naib Presiden PKR itu mengajak Anwar untuk bersama dalam perdebatan tersebut. - Getaran, 4 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 4 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan