web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Tubuh Sekolah Politik Tarik Golongan Muda

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 9:29PM

UMNO akan menubuhkan Pusat Demokrasi Rakyat sebagai persediaan untuk menarik lebih ramai golongan muda terutama pengundi baharu. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO akan menubuhkan sebuah sekolah politik dikenali sebagai Pusat Demokrasi Rakyat, bagi menarik lebih ramai golongan muda, terutama pengundi baharu.

Itu antara tiga matlamat diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai usaha beliau untuk mengubah pemikiran ahli parti terbabit, sekali gus menjamin kemenangan pada pilihan raya umum (PRU).

Katanya, parti itu juga menetapkan matlamat utama untuk kembali dominan dalam kerajaan, selain menguasai pentadbiran peringkat negeri dan Persekutuan.

“Saya usulkan supaya projek satu, dua dan tiga dilancarkan. Pertama, kita mahu supaya matlamat besar UMNO adalah kembali menjadi kerajaan dominan.

“Kedua, kita mahu menjadi kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan, manakala ketiga kita mesti melakukan persediaan dalaman UMNO dengan mewujudkan sekolah politik dikenali sebagai Pusat Demokrasi Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail
Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail

Menurut Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan dilantik Pengerusi Pusat Demokrasi Rakyat dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

“Saya harap sekolah politik ini mesti menjadi tarikan baharu yang berupaya menangkap imaginasi dan kreativiti generasi sekarang, terutama pengundi baharu.

“Ia mesti menjadi platform terbuka untuk berbincang aspirasi kepada kumpulan sasaran kita,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO akan mewujudkan Kursi Penyelidikan PEKEMBAR dengan kerjasama sebuah universiti ternama tempatan.

“Dengan persetujuan Bendahari UMNO, modal permulaan yang akan diberikan kepada kursi penyelidikan ini adalah RM5 juta daripada UMNO,” katanya.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkata, UMNO mahu sistem pendidikan sekarang memberi fokus kepada aspek Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), terutama membabitkan peningkatan kemahiran dan latihan semula.

Jelasnya, usaha itu bertepatan kemahuan beliau supaya individu menganggur dan hilang pekerjaan dapat diberi keutamaan, selain lepasan Tingkatan 5 diberi pendedahan dalam TVET.

“Saya harap Perdana Menteri boleh memaklumkan kepada Menteri Pendidikan dan tentunya ia dipersetujui Menteri Pengajian Tinggi.

“Saya yakin ini menjadi agenda UMNO untuk memperkasa mereka yang memerlukan pekerjaan dengan kemahiran tertentu,” katanya. – Getaran, 19 Mac 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 10 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad