web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Paluan Gendang 'Perang PRU-15' Semakin Kuat – Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 2:15PM

Barisan kepimpinan tertinggi UMNO bergambar selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ''Datuk Seri Ismail Sabri jagalah kerajaan elok-elok, kita (kepimpinan) memberi dukungan kepada Perdana Menteri kita,'' tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, sebagai peneraju kerajaan, Ismail Sabri perlu menjaga kerajaan dengan baik, manakala beliau (Ahmad Zahid dan kepimpinan UMNO) akan terus memperkuatkan parti.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Gambar Syeda Imran
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Gambar Syeda Imran

Menurut beliau, tanggungjawab mentadbir kerajaan dan parti Melayu terbesar itu harus ‘seiring sejalan’.

''Insya Allah, saya dan Datuk Seri Mohamad Hasan serta rakan lain, kita akan jaga parti dan perkuatkan parti, Perdana Menteri perkuatkan kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai penganjuran Pilihan Raya Umum ke-15 yang menjadi isu panas diperkatakan ketika ini, Ahmad Zahid membayangkan bahawa ia akan diusulkan dalam masa terdekat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

''Paluan gendang perang menghadapi PRU-15 kian kuat bergema,'' katanya.

Sebahagian perwakilan yang hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di WTC, hari ini.
Sebahagian perwakilan yang hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di WTC, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, sebagai persediaannya, PAU 2021 wajib mendengar suara akar umbi yang meminta agar mandat baharu diperolehi melalui PRU-15.

Justeru, beliau mengharapkan agar parti itu kembali kepada rakyat dan menyerahkan ‘kuasa’ semula kepada mereka. 

''Berilah mandat baharu kepada UMNO. Ketika orang sayang kita, sambutlah kasih sayang mereka. Jangan ditagih kasih itu selepas ianya hilang. Makin bertangguh, makin melaratlah rakyat, makin rosaklah negara.

''Janganlah guruh berdentum dan kilat sabung-menyabung, namun tidak setitis pun hujan jatuh ke bumi,'' katanya. – Getaran, 18 Mac 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai