web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita UMNO Siap Siaga Hadapi PRU-15, Garis 5 Teras

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 2:03PM

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seperti memberi bayangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin hampir, Wanita UMNO sudah bersiap siaga pada tahap tertinggi untuk menghadapi pemilihan itu yang tarikhnya masih menjadi tanda tanya pelbagai pihak, termasuk rakyat.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, susulan persediaan itu, parti terbabit menggariskan lima teras bagi memperkukuhkan tekad semua pimpinan, jentera dan ahli.

Jelasnya, lima teras itu adalah ‘plan’ (merancang), ‘organize’ (menyusun), ‘wellbeing’ (kesejahteraan), ‘educate’ (mendidik) dan ‘ready’ (bersedia) atau singkatannya POWER.

“Bagi teras pertama, iaitu ‘plan’, memandangkan kita sudah berada di ambang PRU-15 dan mungkin Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini adalah perhimpunan terakhir sebelum kita masuk ke medan perang (PRU-15), justeru saya minta agar setiap seorang daripada kita (perwakilan Wanita) kembali ke bahagian masing-masing selepas ini.

“Buat satu perancangan teliti dan berstruktur merangkumi segala aspek dibuat dari segi jenteranya, gerak kerjanya, kajian sikapnya, program menyantuni masyarakat yang boleh memberi impak sokongan serta kerja lapangan bagi menghadapi PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan dasarnya pada PAU 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Noraini memaklumkan, teras kedua, ‘organize’ diatur kerana parti itu menyedari sebaik mana perancangan dibuat, ia tidak akan memberi sebarang makna jika tidak dilaksanakan dengan baik.

“Kita sudah tak ada masa untuk bertangguh lagi, laksanakanlah program yang memberi impak positif kepada sokongan parti, latihan pilihan raya. Contohnya apa perlu dibuat segera, masyarakat terus kita santuni, pengundi terutama pengundi baharu dan pengundi muda terus kita dekati,” katanya.

Teras ketiga, jelasnya, iaitu ‘well being’ menuntut Wanita UMNO mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera bukan sahaja dalam kalangan jentera, malah masyarakat.

Katanya, UMNO perlu dilihat sebagai ejen mudah didekati, dibawa berbincang dan diadu masalah, selain menjadi capaian kepada masyarakat serta pengundi.

Justeru, katanya, sayap UMNO itu perlu menetapkan nilai dan semangat kesukarelawan untuk membantu serta menjaga kebajikan rakyat.

“Manakala, teras keempat adalah ‘educate’. Wanita UMNO perlu menjadi ejen mendidik masyarakat betapa pentingnya memilih sebuah kerajaan stabil dan berpengalaman.

“Apatah melihat kepada pengundi baharu dalam pilihan raya, justeru menjadi tanggungjawab kepada Wanita UMNO untuk terus memberi kesedaran kepada kumpulan ini, sekali gus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Menurut Noraini, bagi teras terakhir, iaitu ‘ready’, Wanita UMNO perlu sentiasa bersiap siapa bagi menghadapi kemungkinan berlakunya pilihan raya pada bila-bila masa.

“Besar harapan saya apabila semboyan perang dibunyikan, Wanita UMNO sudah siap sedia untuk berjuang di medan pertarungan PRU-15,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Sokong Usaha Malaysia Jadi Peneraju Pengukuhan Sistem Timbang Tara - Wanita UMNO

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tayangan Filem Kontroversi Tidak Boleh Dinormalisasi, Seolah Cuba Promosi Budaya ‘Tak Apa’

3

Politik 3 tahun yang lalu

Wanita UMNO Titiwangsa Nafi Desak Noraini Berundur

4

Politik 3 tahun yang lalu

Laksana 5 Pembaharuan Untuk Parti Kembali Bangkit – Noraini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 9 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 18 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95