web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laksana 5 Pembaharuan Untuk Parti Kembali Bangkit – Noraini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 12:51PM

Noraini Ahmad - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO harus melaksanakan segera lima langkah pembaharuan bagi memastikan parti kembali bangkit dan mampu memenangi semula hati rakyat yang semakin ‘menjauh’.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, langkah pertama adalah melakukan pembersihan dalaman parti secara total tanpa kompromi.

Menurutnya, langkah kedua adalah menerapkan gerakan berstrategi kepada kaum hawa dengan memberi didikan dan kefahaman politik matang, menerusi usaha menyegerakan penubuhan Akademi Kepimpinan Wanita (AKW).

“Ketiga, penguasaan media sosial kita perlu lebih visible (jelas), efektif dan prominence (menonjol) melalui penubuhan unit media digital di setiap bahagian.

“Langkah keempat adalah (media penyebar maklumat parti), Skuad Sayang Malaysia (Skuad Sayang) perlu dilihat lebih jelas sebagai ejen penghubung kepada masyarakat dengan mewujudkan agenda kesukarelawan.

“Manakala, langkah kelima adalah memainkan peranan (sebaik mungkin) dan memastikan gerak kerja jentera JR (Jalinan Rakyat) diperkemas, seiring dengan perkembangan teknologi serta budaya setempat dan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO itu adalah sebahagian acara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang berlangsung selama empat hari sehingga Sabtu ini.

Noraini berkata, selain daripada kelima-lima langkah itu, UMNO harus merombak pendekatan, gerak kerja dan pelan tindakannya bagi memastikan parti terbabit kembali bangkit serta pulih dengan lebih kukuh.

Katanya, rombakan itu juga bagi memastikan keberkesanan dan kesesuaian parti itu dengan perubahan zaman kini. – Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Sokong Usaha Malaysia Jadi Peneraju Pengukuhan Sistem Timbang Tara - Wanita UMNO

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Rayuan Ditolak, Noraini Positif Najib Pasti Beroleh Keadilan 

3

Politik 3 tahun yang lalu

Kekalahan Shahrizat Bukti ‘Orang Lama’ Tidak Diterima Akar Umbi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Pemilihan UMNO: Noraini Dahului Shahrizat, Along Selesa Tinggalkan 5 Pencabarnya

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 19 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran