Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kekalahan Shahrizat Bukti ‘Orang Lama’ Tidak Diterima Akar Umbi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 7:00AM

Shahrizat Abdul Jalil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekalahan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil merebut jawatan Ketua Wanita UMNO membuktikan kehadiran mereka tidak sepenuhnya diterima oleh ahli, untuk kembali menerajui parti. 

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, budaya semasa yang lebih menjurus ke arah politik baharu dilihat telah memberi kelebihan kepada penyandang, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad untuk mempertahankan jawatan itu.

“Sharizat tidak berada dalam sistem, kerana beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti serta politik seperti Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). 

“Jadi, untuk bersama semula menyertai kepimpinan UMNO, sudah tentu perwakilan ketika ini bukanlah individu di zaman beliau memerintah. Justeru, sukar untuk kembali semula,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Menurut Jamaie, Noraini juga bersikap konsisten dalam mempertahankan kesetiaan bersama parti, apabila tidak pernah menghentam UMNO walaupun  pelbagai kemelut datang melanda.

“Walaupun Noraini tidak popular dari segi idea atau program untuk wanita, beliau sentiasa bersama kepimpinan tertinggi walau apa pun isu yang berlaku kepada UMNO.

“Begitu juga ketika isu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO (tidak dipertandingkan), beliau amat jarang bersuara, malah tidak menggunakan pengaruhnya untuk memihak kepada sesiapa,” katanya.

Terdahulu, mantan Menteri Pengajian Tinggi itu mengesahkan bahawa portfolio Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kekal dalam genggamannya, selepas secara rasmi menewaskan pencabar, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Perkara itu diumumkan Noraini sendiri menerusi satu hantaran di Facebook pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua jentera Wanita di seluruh negara.

Kemenangan itu meranapkan impian Shahrizat yang mahu kembali ke arena politik, berbekalkan visi membawa suara akar umbi dan melakar perubahan dalam parti, seperti dilaungkan.

Shahrizat yang juga bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Wanita pada pemilihan parti 2018.

Pemilihan pada tahun tersebut menyaksikan Noraini dijulang sebagai ketua baharu, selepas menewaskan dua pesaing, Datuk Azizah Mohd Dun dan mantan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.

Dalam pada itu, Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kekalahan Shahrizat membuktikan ahli UMNO memerlukan nafas lebih segar, yang menolak kemunculan semula generasi lama.

“Walaupun pengaruh Shahrizat ada, tapi ahli tidak melihat dia sepatutnya meneruskan perjuangan kerana ada keperluan untuk jawatan berkenaan diberikan kepada generasi baharu. 

“Sebelum ini pun orang telah melihat dan seolah-olah mempertikai, mengapa tiada pemimpin wanita lain yang menawarkan diri untuk bertanding,” katanya.

Azizuddin memaklumkan, jawatan Ketua Wanita UMNO itu secara dasarnya amat penting kerana berkait secara langsung dengan kelangsungan UMNO dalam arena politik negara.

Jelasnya, ia berikutan peranan penting sayap itu yang menjadi antara tunjang utama dalam menggerakkan jentera UMNO ketika pilihan raya, justeru ia memerlukan pemimpin yang mampu merangka strategi berkesan bagi menarik pengundi.

“Noraini perlu menonjol dari segi kepimpinan kerana sebelum ini orang kata pemimpin itu tidak menonjol dalam membela wanita. Sebagai contoh, memperjuangkan 30 peratus wanita (untuk menjadi) wakil dalam Parlimen atau sebagai calon. Kena pertahankan dan perjuangkan sehingga kepimpinan tertinggi menerimanya. Wanita UMNO perlu kuat kerana mereka tunjang untuk parti.

“Tan Sri Rafidah Aziz ketika menjadi Ketua Wanita UMNO ada elemen itu, nampak karisma beliau untuk berjuang. Justeru, Noraini perlu membuktikan kepimpinan mengatasi Rafidah, harus kuat seperti dia dalam menyuarakan hak wanita agar isu mereka diambil perhatian dan mampu disampaikan,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rayuan Ditolak, Noraini Positif Najib Pasti Beroleh Keadilan 

2

Politik 1 tahun yang lalu

Pemilihan UMNO: Noraini Dahului Shahrizat, Along Selesa Tinggalkan 5 Pencabarnya

3

Politik 1 tahun yang lalu

Pemilihan Wanita UMNO: Noraini, Shahrizat Bersaing Sengit

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tayangan Filem Kontroversi Tidak Boleh Dinormalisasi, Seolah Cuba Promosi Budaya ‘Tak Apa’

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

oleh Wartawan Getaran

Sukan 7 jam yang lalu

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

Semasa 7 jam yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

Semasa 3 jam yang lalu

Bugatti Dirampas Di Munich, Jerman Dipercayai Milik Jho Low

oleh Wartawan Getaran